Jarang saya bercerita tentang gelagat anak murid saya di sini...
Hari ini, saya ingin kongsikan tentang anak murid yang boleh dikatakan
wajib berjumpa saya apabila saya meronda pada waktu rehat..
terutama apabila berada berdekatan dengan kelas mereka.
Menceritakan bagaimana pengharapan dia untuk saya kembali
mengajarnya seperti di Tingkatan Tiga dulu.
Murid ini bukannya murid yang lemah tetapi.. dek
kerana dia selalu tidak hadir sekolah di Tingkatan Satu dan langsung
tidak bersekolah di Tingkatan Dua menyukarkan dia berada di
kelom[ok kelas yang sepatutnya semasa memasuki Tingkatan empat.
Tingkatan Tiga pun... hanya mula bersekolah semasa bulan Mac..
Alhamdulillah dalam keadaan macam tu pun dia boleh
lulus dalam PMRnya dan untuk mata pelajaran saya dia
boleh mendapat B pula.
Sejak saya tidak mengajar dia di Tingkatan Empat lagi dia merayu
supaya saya mengajar kelas dia... Dalam keadaan tugas saya yang
baru memang mustahil untuk saya dapat melakukannya.
Saya bercakap dan bersembang dengan budak ini... dan
minta dia menyenaraikan guru2 yang dia boleh terima... hampir
kebanyakan guru dia kata tak boleh terima.
Malahan ustazah yang mengajar dia pada tahun lepas
pun putus asa untuk menarik perhatian budak ini.
Banyak kali menerima aduan dari guru mengatakan
dia merupakan murid yang degil... enggan ikut arahan
Bila saya katakan ohh.. budak ini adalah budak yang tidak bermasalah
di dalam kelas... atau di luar kelas..
Guru boleh mengatakan pada saya... saya tidak kenal budak ni
sebab saya tidak mengajar dia.... hahhahahahaha..
Tapi saya suruh guru-guru (yang baru posted ke sekolah setahun)
bertanya pada guru yang mengajar semasa mereka Tingkatan Tiga.
Berbalik pada budak ni tadi..
Terkadang saya rimas dengan "minat" dia berlebihan kepada saya
sebabnya... budak Tingkatan Lima lelaki... asyik2 berjumpa saya
bercerita dengan saya, atau meluahkan rasa tidak puas hati.. dan
bercerita tentang rakan2 dia. Tapi dia tak pernah cerita tentang GF
dia kepada saya. Saya tak pasti dia ada GF atau tidak.. hahahahahah
Tapi yang saya suka adalah saya boleh mengawal dia... walaupun
saya tidak melihat dia... dia tidak melakukan pelanggaran disiplin
yang akhirnya memeningkan kepala saya. .. Itu yang paling penting.
Macam mana saya buat sehingga dia begitu mudah berbicara dengan
saya.. Saya rasa sebab saya selalu ke meja dia bercerita tentang aktiviti
dia semasa tdk bersekolah. Sambil2 bercerita saya pastikan dia membuat
tugasan yang saya berikan.
Saya mendengar keluhan dia tentang agama, tingkahlaku dia sendiri tentang
keluarga.. dan banyak perkara yang sentiasa menjadi masalah bagi dia
And sedikit demi sedikit saya selitkan nasihat pada dia.
Alhamdulillah.. selepas 3 bulan dia mula menunjukkan perubahan yang positif
dan saya tidak perlu lagi selalu melepak di meja budak ini.. hahahaha
(bolehkan guru melepak di meja murid masa P&P)
Saya tidak pernah berputus asa dan berdoa supaya dia berubah dan
memperbaiki kelemahan dirinya.
Yang penting saya selalu bagitahu mana-mana anak murid saya
perlu sentiasa membuka hati dan berlapang dada untuk menerima siapa
saja yang mengajar dan memberi ilmu kepada kita..
Insya Allah .. kita boleh mengubah diri kita ke arah yang membanggakan
keluarga kita...
No comments:
Post a Comment