Buku-buku yang telah saya tamatkan dalam tempoh 21 Jun 2010 hingga 5 Julai 2010 adalah.......
Memberi motivasi kepada diri sendiri sebenarnya.... Hidup adalah perjuangan.. Setiap perjuangan yang dilakukan perlu ada matlamat yang hendak dicapai.... So.. apa yang perlu dilakukan ... |
Novel saya baca dalam masa satu malam saja.... sebab kisah cinta biasa yang tak memerlukan saya
berfikir dan membaca bait demi bait.....
Saya telah memiliki 5 buah buku.. hasil tangan Dale Carnegie... Ia banyak memberi motivasi juga pada diri saya... Bagaimana utk memperbaiki diri... walaupun dari kaca mata penulis barat... Tapi ada yang boleh dijadikan pengiktibaran.
Novel ini juga mengambil masa yang lama untuk saya tamatkan.... bukan kerana menghayatinya... tapi kerana tugas yang perlu saya selesaikan menyebabkan saya selalu alpa dan lupa pada novel yang saya baca ni. Walaupun ke hulu hilir novel ini dalam beg doremon saya........
Itu buku-buku yang saya baca bulan ni.... Hobi lama yang saya perbaharui adalah memelihara ikan.... Yang ni baru kembali semula semasa cuti Mei yang lepas. Saya berbelanja membeli peralatan yang diperlukan termasuk ikan... malangnya 3 ekor ikan saya dah meninggal dunia... sebab saya belum pandai. Tinggal seekor je yang bertahan. Cuba nak beli yang baru tapi tak menjumpai tukang jual ikan lagi. Yang sedihnya juga udang saya juga menemui ajalnya dua hari yang lepas kerana serangan sakit jantung dan phobia dek pukulan maut si Danish... Aduh....
No comments:
Post a Comment