Friday, November 4, 2011

RIndu pada............

Really miss some one.........




Monday, October 31, 2011

Berikan aku Kekuatan

Ya Allah…. Beri aku kekuatan … menghadapi segala kelukaan ini…
Ya Allah… biarlah… dunia melihat aku sebagai hambaMu yang sentiasa gembira..
Walau hakikatnya…. Hati ini menangis….
Ya Allah… Andai ini takdirMu pada hambaMu ini..
Aku redha menerimanya….
Andai ini.. menjadikan aku lebih dekat pada Mu…
HambaMu ini… menerimanya Ya Allah..
Biarlah aku hilang cinta manusia… aku redha
Tapi.. jangan Kau hilangkan rahmat dan kasih sayangMu pada hambaMu nan kerdil ini.

Thursday, October 27, 2011

Grrrrrrrrrrrr............ Nak marah?????









Sila cepat-cepat baca mana-mana ayat Al-Quran yang  anda ingat......   Pasti tujuannya adalah untuk mencari damai di jiwa..... 
Apatah lagi ketika itu... kita berperang dengan perasaan sendiri,,,, dan juga dengan perasaaan orang lain...



Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karana, ia membawa kepada rasa resah dan gulana yang tak kunjung ada penghujungnya. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, rasa putus asa dan kecewa yang dihimpun sepanjang perjalanan hidup.

Kata-kata di atas  saya kutip dari pembacaan pada satu buku entah apa tajuknya... dah lupa  tapi kata2 itu ada tercatat dalam catatan (setiap kata-kata yang menarik sering menjadi  catatan).
Saya kecewa??? Kecewakah saya??? atau  siapa yang kecewa?????  hahahahha....

Saya pasti dalam hidup manusia.. pastinya tak dapat tidak .. akan pernah ada rasa kecewa dan sedih... rasa rindu...  rasa terasing... dan pelbagai lagi rasa yang seringkali menggugah keyakinan diri,

Kalau saya.. biasanya bila ada perasaan itu... ia membuat saya cepat marah.... 

Minggu ini.. (intro  begitu panjang kan....hehehehehehehe) saya agak kecewa... bila mana 37 orang pelajar asrama lelaki membuka kasino di asrama.... bukan kecewa kerana  salah laku tersebut.... tapi yang membuat saya kecewa adalah bila mana ada di antara rakan setugas mengatakan  fail dan rekod saya tak up to date.  sebab rekod salah laku yang terdahulu tak ada pun dalam sistem.....



Hello...... please...lah... that not me... I know my work and everything was recorded  in the file. Anything that not recorded was something behind of my known, Nobody inform me..... yeah.... You can check all the files...  2011.... alhamdulillah.... nothing much  to worry....


Memamg angin ribut dari mana saya last wednesday.... dahlah penat hari sebelumnya tak habis di tambah dengan kata-kata macam tu. I am not that bad. kalau pun saya tak pandai kerja... i will always make sure that i did my best on it... and always asking everyone around me.....

Fikir-fikir balik.... teruknya saya.... sukar betul nak kawal hot tempered yang memang sedia maklum ada dalam diri saya. Memang patut pun ramai orang tak suka kan saya.... huhu.





Lantas bila sedar semula... cepat2 beristighfar..... dan lari ke bilik air.... (buka nak jumpa syaitan.... kan syaitan suka tempat yang kotor.. so tandas tempat lepak dia kan...) Basuh muka... ambil wudhuk.... then.. masuk balik ke bilik saya... and cool down.... with smiling .... doing all my job.... my responsible... and alhamdulillah... everything settled for that unlucky day.



Alhamdulillah... saya harap saya boleh mengcontrol rasa marah... kecewa dan  hot tempered saya...... Mudah-mudahan dipermudahkan Allah... yang akhirnya memnbawa kepada redha Illahi dan yang penting.. sasya beroleh ketenangan hakiki.. di akhirat kelak.... amin

Tuesday, October 25, 2011

Day 2 of the week

Another hectic day...... selasa 25.10.2011

Apa saya buat hari ini....


Huwaaaaaaaaaaaa...........
1. Urusan KWAMP
2. Mesyuarat till 1115 pagi
3. SAmbung dengan kes displin..... settle semua jam 2pm

p/s    Dek kerana kelaparan... saya bagitau parents.. untuk gi minum dulu.... sebab
        dari pagi lagi dia orang tunggu.... And saya ambil kesempatan untuk mengadap sebungkus nasi lemak.
        then baru sambung balik dengan kes disiplin........... lapar woooooooooo... sampai menggeletar badan

4.  petang ni KPMP pulak

Malam ni  saya pengsan kat rumah kot..................


Monday, October 24, 2011

Busy....... 2

Busy lagi..... huhuhu.. sabar ajelah

Nanti2 bila ada kesempatan saya 

update lagi.... Rasa nak nangis tengok kerja.....


Tapi alhamdulillah.. sebab ia adalah punca rezeki....



Yang penting sabar .....

Saturday, October 15, 2011

AL-FATIHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM
AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB 

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti 

7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
......dua harakat, MIN .... 3 harakat.

S
emoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat..... Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

> klu ada apa-apa yg salah..tlong prbtlkn...


 

Friday, October 14, 2011

Makluman...

Lupa nak beritahu... credit to my friend  Hosniati yang sent email yang banyak membuat saya ketawa dan menangis. Kedua2 entry sebelum ini adalah dari emailnya kepada saya.... Love u so much... friend

Kisah dan Teladan

 
Erti Ukhuwah
Pada suatu hari, seorang lelaki bertemu dengan seorang ulama Islam yang terkemuka. Sambil air matanya menitis, dia berkata kepada alim ulama itu,”Saya telah bertaubat dari suatu dosa sejak 30 tahun yang lalu. Tapi saya tidak tahu bagaimana saya akan berhadapan dengan Allah terhadap dosa tersebut.”
Ulama itu terkejut kemudian bertanya,”Apakah dosa yang telah engkau lakukan.”
“Suatu ketika dahulu, saya mempunyai sebuah kedai di sebuah pekan. Suatu hari, ketika saya berada di rumah, saya menerima khabar kebakaran berlaku di pekan itu. Saya segera berlari ke pekan itu untuk melihat keadaan kedai saya. Sampai di sana, saya lihat kedai-kedai lain hangus terbakar kecuali kedai saya. Saya terus mengucapkan Alhamdulillah kerana sangat gembira dan bersyukur. Seketika kemudian, saya menyedari saya telah melakukan satu dosa. Bagaimana saya tergamak mengaku muslim sedangkan saya tidak merasai kesedihan saudara seislam lain yang kehilangan kedai?
 
Kasih Seorang Ibu
 

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
 
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
 
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
 
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
 
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Halwa telinga