Saturday, May 14, 2011

Dah beberapa hari

Dah beberapa hari nak  buat entry tapi tak jalan sebab kerja sedang menyemakkan minda saya. Semalam bila saya in mood untuk update blog sebab tak leh nak focus on the document.... langsung tak leh nak log in dalam  account saya.

memang hangin jugaklah saya dibuatnya....

hari ni saya  buat  cerita  pasal kaul tapi gambar lak tak ada dalam lappy ni. nanti2 lah kalau rajin saya letak gambar kat sini. Buat serius..  nothing interesting pasal kaul Oya for me. Sometimes rasa macam sukaneka. Nanti kalau saya terajin.. saya akan edit balik  entry ni and masukkan gambar ya....

Kaul diadakan pada 8 Mei 2011 yang lepas  hari Ahad


Kaul Daerah Kecil Oya 2011 (08.05.2011)

 Muka berpeluh setelah berjalan jauh....


 Minyak di muka boleh jadi pengganti minyak masak rasanya

 Tenangnya air laut semasa pesta kaul dilangsungkan

 Tak taulah apa yag diaorang tu buat


Hari ini pesta kaul diadakan di Pantai Oya. Mungkin di tempat lain Pesta  Kaul dijadikan satu adat dan satu kemestian untuk memuja roh @ Ipok (penunggu laut). Kaul biasanya diiring dengan persembahan serahang untuk  penunggu laut ada pelbagai jampi yang dilagukan dalam bahasa melanau yang  saya pun tak faham maksudnya.
Tetapi pesta kaul Oya….…. Cuma satu keramaian biasa sahaja. Dengan pertandingan permainan tradisional (sometimes.. rasa macam tengok sukaneka ada juga)
Actually after 5 years… saya tak jenguk ke Pantai Oya semasa Pesta Kaul… Tiba-tiba aje pagi tadi saya and my sister jay ke Pantai bersama dengan my mum.  Agak menyesal  sebenarnya sebab cuacanya teramatlah panas dan kulit muka saya dah rasa amat2 perit. Walaupun topi vogue saya  ada cantik atas kepala.  Saja berjalan2 melihat kerenah anak murid and orang ramai. And teringin nak berjalan2 di tepian pantai sebenarnya.
So.. meredah  panas yang teramat… saya suruh my sis ambil gambar YB… and bila YB Nampak kami.. YB pun nak bergambar dgn kami bertiga…. Best.  YB yang begitu ramah mesra  dengan pengundi tak kira masa pilihan raya ataupun tidak.
Bertandak.. @ bermukun

 My sister, YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, My mum and my self

 On the way back... tak sabar nak sampai ke kereta

Pantai yang pemandangannya tak berapa nak menyenangkan sebab kotor


 My mum and me
 Tetamu2 yang ada berlindung dari panas mentari di bawah khemah

 YB Datin Hajah Fatimah

My Father............

Nothing yang menarik semasa kaul di Oya…. Maaf ya… hanya  itu sahaja… yang lainnya ..penat berjalan sebab kereta tak boleh nak masuk jalan ke Pantai. Kena  jalan jauh pulak tu. And  pantai tak bersih , pemandangan dicemari oleh sampah sarap menyebabkan keterujaan untuk menikmati angin laut terus terbantut. …. So itu sajalah.



Tuesday, May 3, 2011

MTQ Negeri Sarawak

Hari ni... saya ke Politeknik Mukah.. Pelik ke????? 
Hahahhahaha... tak de buat apa pun .. cuma menghantar  peserta syarahan perempuan bersama guru pengiring ke sana.
 Setelah memastikan everything ok saya tinggalkan mereka  dan menuju ke Bandar Mukah... tujuan utama saya adalah  Servis kereta, Beli ubat demam  for my sis and ambil my laptop yang terpaksa masuk ward di Mukah. Alhamdulillah.. Laptop saya dah selamat sejahtera.
Ketiga-tiga  misi saya berjaya... Selepas mengisi minyak saya kembali semula ke Politeknik.. Ingatkan dah selesai  sesi cabutan undi dan taklimat... Rupanya belum. Malas nak masuk ke dalam dewan tunggu je kat luar



 And........ Part yang best........... Saya jumpa dengan.... mula Ustaz Hussin.... tengah sembang... Jumpa pulak Ustaz Musa. Berborak dengan mereka... agak lama. And Ustaz Hussin  beritahu saya my sister akan pindah balik ke Sarawak ke Pasentren Taib.... Ohhhhhhhhhh Alhamdulillah... rasa nak melompat mendengar perkhabaran itu. saya kesian dengan My sis di Sabah and my parent yang selalu risaukan dia di Sabah. Walaupun my sister ditemani suami dan anak.

Last sekali bila saya nak balik.... ternampak mula my colleague... Sulaiman Hassim.... and belum last.... my teacher (i will not said my ex-teacher... because all my teacher forever being my teacher) Cikgu Dollah Razak.

Alhamdulillah.. sesekali terserempak... seronok juga...... Rasanya  saya paling seronok hari ini,... walaupun akhirnya saya  terpaksa berada di pejabat sehingga jam 10pm untuk menyemak buku kehadiran pelajar. ... 



Monday, May 2, 2011

Selamat sampai dari KL and now di Sibu Airport.......

Saya berada di SIBu Airport.... Pengajaran penting dan makluman semua... Kalau naik MAS and beli ticket pergi balik..make sure pergi naik Mas jugak.
Jangan sekali-kali nak menggatal naiok penerbangan lain... such as Air Asia or Fire Fly.

Sebabnya... Saya hampir tak dapat naik  pagi tadi. Kalau dapat pun jena bayar tambang baru hamppir2 600 tu... gila mahal.

Tapi saya bernasib baik.. sebab  Kaunter tpt saya check in tu tolong saya sebab ada sit kosong and saya tak perlu bayar apa2.

Saya ucap terima kasih beribu2 kali (Macam le kira.. kalau kira  pun mustahil sampai sepuluh kali) hahahahhaha

Selamat duit saya...... Otak pun ligat berfikir... nak cari apa lepas tu.......... Jalan2 sampai tak sedar... masa berlalu... dan saya hampir terlepas penerbangan.......

Maka ... acara pecut pun bermula... Sampai KLIA around 8.30...my flight 8.50... And seperti biasa..  I am the last person masuk flight...... Nasib baik tak kena marah................... Tapi ... adakah ini kali terakhir... nama di announce di KLIA..... tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


Monday, April 25, 2011

How????? Bagaimana,.......????

Life is not always easy....... Seringkali kehidupan kita dilanda badai.. seringkali hidup kita kan bertemu kesedihan.. dan seringkali jua... kekecewaan yang datang bertandang.
Tika menghadapi saat-saat sukar begitu.. apa yang anda lakukan?
Tika diduga dengan mehnah... bagaimana anda menghadapinya?

Tak dinafikan..kadang kita rasa down sangat?

Pasti akan terbetik dibenak kenapa  aku yang kena?

Kenapa orang lain selalu bahagia??

Kenapa asyik2 saya/..... dalam dunia ni hanya ada aku ke???

And pastinya pelbagai persoalan yang membawa kepada  menurunnya motivasi diri akan muncul.

Kalau saya?????????????????
offcourse memang rasa down yang teramat... (kalau tu first time mengalaminyalah)

Then..... i  luahkan pada my friend.. yang close dgn saya... such as madam kertina .....


Then.. I cuba selesaikan...... Kalau benda tu tak leh selesaikan dengan baik... atau langsung tak selesaikan... senang cerita... just let it there............................ hehehhehe

Kalau benda tu yang boleh selesaikan... I will do my best to make sure it will  be settle.  

Tapi kalau ada yang nak mengata2 saya kat belakang saya..... sekarang saya tak kisah dah.


Yang penting ... saya  akan senyum dan terus tersenyum pada dia yang mengata saya ... sebagai tanda terima kasih.....

Sebab menghadiahkan pahala percuma buat saya...


So.. from now on..... apa jua yang di hadapi................ 


SMILE................................



with a really big smile..................


Even u know.... only few peoples love u....



AT Least,...... 
we have  somebody love u... even he/she is not your gf/bf, ur wife/husband

The most important things is.... there somebody who will always love u... anytimes... anywhere........


You know who is it,...




Uniform KRS

Ohhhhhhhhhhhhhh.... senangnya dalam hati... bila saya online petang ni ..line dia okey je...  berbanding seminggu yang lepas. Sebab tu le blog ni agak sunyi dan sepi seminggu ni.

Now i am back... and harap2 terus macam ni lah line ni..huhuhu

Saya dah menghabiskan duit hampir bukan hampir memang lebih dari RM600.... demi untuk sepasang uniform KRS . Rasa nak menangis masa menempah baju KRS. Jawatan entahlah saya pun  tak pasti. Saya hanya maklumkan... untuk Penolong Kanan sahaja.

Gila tak gilanya.... sepasang baju yang lengkap tak termasuk handbag lagi.. saya belanjakan more than 600..............huhuhu

Cantik ke>?????? Saya rasa macam tak berbaloi aje... saya cuba jugak cari gambar perempuan KRS yang berkain.. tak jumpa...


Tuesday, April 19, 2011

Aktiviti semasa mata mengantukkk bila di pejabat

Sekarang ni jarum jam menunjukkan 1pm.... 1 pm okey bukan 1 am. Tapi peliknya mata ini bagai ditarik2 untuk tidur. Mengantuk yang teramat.  tak tau kenapa.. dah dua hari saya mengantuk time ni...Habis dah kertas budak saya conteng..gara-gara nak  melawan menahan mengantuk.. So try le.. menyemak kertas jawapan UP1 budak form five., Ya Ampun..... memang tak leh  jalan... so apa cerita nak buat kat sini. Bukan cerita pasal saya ngantuk... tu cuma intro aje.......

Dalam mengantuk ini... saya pun buat jungle tracking........ oppppsssssssssssss tersilap... saya menggogle  di yahoo...baca apa2 yang menarik. Tak de yang menarik.. sehingga saya jumpa satu info about Kate middleston..bakal isteri kepada prince William....

Jangan ingat senang  nak jadi  pasangan kepada prince..... ada perkara yang perlu dijauhkan atau tidak boleh dilakukan oleh Kate Middleston selepas bergelas Isteri kepada Prince William....



  1. Tidak boleh lagi menggunakan gelaran Kate as nama panggilan.... kena guna nama baru sama ada for forman or informal function
  2. Vote....... tidak salah... tapi buat rugi aje....
  3. Menjauhkan diri dari political office
  4. Escape from serunity
  5. Play monopoly
  6. Say or do anything yang kontroversi
  7. Eat shellfish... dia takut keracunan konon2nyalah
  8. Work..... tak leh sibuk2 nak isi borang mohon kerja
  9. Sign anything yang tidak official
  10. Finish her dinner..yang ni paling best.. sebab bila queen berhenti makan... semua orang mesti berhenti makan juga.... aduhhhhhhh .kesian....
Tu baru 10 yang tersenarai,.... belum lagi yang lain2 lagi protokol bagai yang perlu dijaga...........



Relakah anda...........................??????????????????????


Saturday, April 16, 2011

Daring women......

Cutekan.....  gambar di bawah ni?  This is my favourite drama buat masa ini. Tapi saya selalu ketinggalam sebab hari sabtu selalunya penuh dengan aktiviti di sekolah atau saya tiada dalam kawasan.




Pelakonnya...cute.... and ada yang membuat saya amat-amat menyampah.... but i really like this couple...


hehehehhehe






Udang Hidup...............Yummy..........

Just came back from pasar Sabtu. Pergi sorang2 aje sebab hari ini ada di sekolah untuk MUET. Tujuannya adalah buka pintu bilik ajelah..... tapi kira nasib baik  juga saya yang datang sebab... jam tidak disediakan... nak marah pun susah juga...

Lepas calon2 MUET memulakan  paper pertama pagi ni .. saya terus ke Pasar Sabtu. Tapi hari ni nampak berkurangan aje orang dan penjual-penjual kat sana.  Bahana Pilihanraya agaknya. Tauke buah tempat saya membeli jambu batu and limau madu pun tak de... Kalau apek tua tu saya faham le ..ke mana menghilang.... sebab dia kena mengundi.. nun di Bintangor sana... Tapi peniaga-peniaga lain ke mana perginya. Takkan mengundi satu hari suntuk kot...... hahahahhaha

Seperti biasa kalau ke Pasar Sabtu... walaupun pergi sorang rasa macam pergi ramai2 jugak.... sebab.. seperti biasa sifat peramah saya muncul bila berdepan dengan penjual2 ikan..... and  setiap minggu ....atau setiap kali ke Pasar sabtu saya akan menemui  saudara mara saya di sana...

Bila ke Pasar Sabtu... yang pasti saya cari adalah udang...( muqaddimah  dah 3 perenggan baru relate dengan tajuk) and hari ini..... rasanya bersinar mata saya bila tengok udang ...hidup2. I mean udang tu masih hidup ... bukan tengok udang secara live... (yangni sejak kecil dah saya dapat tengok)  Yang buat saya bersinar mata adalah sebab udang tu masih hidup... segar.... bergerak-gerak.... and yang terbayang di mata saya... balik rumah ni nak ajak mak saya hidupkan api di tpt kita memanggang ikan... and makan udang bakar. Termat lah sedapnya. Saya beli 1kg. Tapi........bila saya balik office... macam terkenang-kenang pulak kat udang.. I called my dearest father..." Pak...kalau pergi Pasar sabtu... beli udang yang masih hidup tu.. satu kilo...  " My father said.. " yang besar ke kecil".. "yang besar sangat tu... dia dah masuk dalam ice box.... beli yang tak kenal lagi ice box... and masih bergerak... sederhana besar"... Alright... my  beloved father bersetuju.... and saya mula menggoogle gambar2 or resepi udang... and yang saya dapat adalah ..........................



di... dari potret kasih.com

dr... simahmail-sajian.blogspot





dr. my resepi.com




Banyak betul kan gambar udang... tapi saya paling suka adalah udang bakar.. 

Balik nanti tengah fikir2 nak buat tomyam udang.... last time saya buat...

Cukup.... berselera ..my mum... my father... my sister and my niece and nephew .. also my brother and sister in-law  plus.... the workers who repair my lovely house.....


And today........ I will  have  prawn for my lunch........... Yummy.........

Halwa telinga