Sunday, February 20, 2011

Motivasi diri

Gambar ini tiada kaitan denga tajuk di atas...... Cuma terjumpa dalam Lappy saya...
Semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2006


 Bersama James and  cikgu ... tak ingat dah nama dia.. sebab sekejap sangat kat SMK Oya

Bersama my ex-schoolmate and ex-classmate (TAWARAN GANI) and kebetulan bertugas bersama di SMK Oya sebelum dia dipindahkan ke SMK Batang Igan sebagai PK HEM......dan kebetulan yang kedua pulak.. kami mengguna pakaian warna sedondon pulak..


Setiap kali saya rasa down yang teramat.. apa yang saya lakukan. Selain dari mengadu pada Allah ta'ala.... Saya selalu menerima kata-kata semangat dari sorang sahabat.  and kata-kata itu sering saya bawa untuk panduan dan kekuatan diri...

My Friend said  :




THE WINNING HORSE DOESN'T KNOW WHY IT RUNS IN THE RACE
BUT IT KNOWS  IT RUNS FASTER BECAUSE OF THE BEATS AND PAIN
THE LARGER YOU PAINS ARE, THE STRONGER YOU BECOME...
LIFE IS A RACE, ALLAH IS YOUR RIDER, THE HARDER ALLAH BEATS YOU,
THE STRONGER HE MAKES YOU TO BE WHO ARE U...
SO DON'T BE STRESSED.. BE A WINNING HORSE

LIFE IS SOMETIMES DIFFICUL BUT ALWAYS POSSIBLE


May be  bagi ornag lain ia tak bermakna... tapi dari words di atas saya semakin redha dengan setiap dugaan dan ujian. Saya terima ia sebagai dugaan dan saya perlu bijak menangani stress dan berusaha mengatasi apa jua masalah yang timbul.

Masjid Khalidiah.... di Kampung Permatang Pasir

Apa bestnya Masjid tersebut berbanding masjid2 yang banyak dan gah rekabentuknya yang banyak terdapat di Malaysia.

Sebabnya adalah kerana perempuan ini dan suaminya yang mengeluarkan duit utk mendirikan masjid ini.



saya baca di Berita harian....http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Farticles%2FMasjidSiti%2FArticle&h=0e7ed

saya tak reti lagi nak buat link macam orang lain. Tapi senang cerita tengoklah berita tersebut dalam berita harian onlina.

Saya mendoakan rezeki datuk siti dimurahkan dan tidak lupa kepada yang memerlukan. Cuma satu perkara  harap sangat Datuk Siti akan memakai tudung denga lengkap. Tapi itu hak Datuk Siti dan itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita doa'kan moga Datuk Siti akan dibukakan hatinya untuk memakai tudung yang lengkap dan dikurniakan cahaya mata yang comel dan cantik secantik Datuk Siti sendiri... Amin

Saturday, February 19, 2011


Jewel Quest....... saya rasa teringin nak layan game sebenarnya.. Tu yang dok sibuk tempek gambar Jewel Quest.

Kalau ditanya macam mana main permainan tu... I am sorry... memang saya tak tau sebab tak terdownoad and terlayan lagi game.

Buat masa ni.. saya masih agak sibuk dengan tugasan-tugasan saya di sekolah. Apatah lagi masa ni .. saya masih berusaha untuk menyiapkan sukatan pelajaran Tingkatan Tiga.

Jadinya.... impian itu tinggal impian saja......


Friday, February 18, 2011

Kasih seorang bapa???

Bahagianya ibu bapa yang emiliki anak untuk disayangi dan dimanjakan


Hari ini saya didatangi oleh seorang murid. Sebenarnya .. dia nak jumpa saya sejak dua minggu yang lepas. Tapi kesihatan yang betul-betul tidak mengizinkan menyebabkan saya temujanji terpaksa ditangguhkan. 

Mesti pelik ... bila mana guru yang garang seperti saya sering menjadi tumpuan anak-anak murid untuk bercerita masalah. Saya memang garang.... tapi saya tak tau kenapa murid-murid ini menerima kegarangan saya seadanya.


 Malahan kegarangan saya tidak membataskan mereka untuk bercerita dan meluahkan masalah kepada saya. Walaupun saya tau... ramai yang tak suka saya... tapi alhamdulillah.. murid-murid saya menerima saya ... dan memberi respond yang baik kepada saya. Yalah kan... takkan semua orang suka kat kita.... mesti ada yang tak suka juga...heheheheh


Okey berbalik seula kepada naka murid saya tadi.... Rupanya dia merasakan dirinya diabaikan oleh bapanya. Saya ingatkan bapanya adalah bapa tiri atau bapa angkat tetapi.... bapa kandung. Tak taulah... bapak dia ni..kahwin kerana kerelaan atau paksaan dengan mak dia. dia kata kalau dengan adik2 yang lama (mak lain2)  okey . Dia lebihkan anak2 dia dari isteri lama dia.  

Yang kesiannya.. anak ini rupanya sering dipukul, ditampat dan diterajang oleh si bapak. Pernah mengadu dengan mak dia tapi mak dia buat tak tau. malahan mak dia  seolah memusuhi dia pulak,..... 

Macam mana ya nak tolong selesaikan......  saya pun teringat kisah novel "Dari kerana mata" tulisan Norhayati Berahim... rupanya memang berlaku... sayangnya saya tak habis lagi menelaah novel tersebut.

Apa yang saya mampu nasihatkan anak murid saya ialah
  1. Sentiasa buat catatan pada pesanan dan suruhan bapak dia.... (macam catatan untuk homework yang dibekalkan guru le)
  2. Jangan naikkan kemarahan bapa
  3. Jangan menjadikan kemarahan bapa sebagai satu tekanan sehingga menjejaskan masa depan
  4. Jadikan situasi sekarang sebagai motivasi untuk membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik. First step adalah melalui PMR nanti.
  5. Off course yang kelima... jangan segan  untuk menjadikan ustazah sebagai pendengar atau kalau rasa malu nak nangis depan orang lain. Cari ustazah and nangis lah depan ustazah.
  6. Yang penting.. jadikan masalah sebagai stepping stone ke arah kejayaan......
Moga anak ini akan membuktikan kepada bapanya bahawa .. he will proud of her........


Tentu gembira bila bapa kembali dari kerja setelah sekian lama tidak bersua....  





Busy sedikit

Sudah beberapa hari blog ini tidak berupdate..... sedikit busy dengan tugasan. Tugasan yang dah siap terpaksa dibuat semula apabila terdapat kesilapan dari segi bilangan guru. Ada guru yang terpaksa dirombak dibuang namanya...

Sealaman berfikir jalan penyelesaian. Akhirnya semalam saya menemui penyelesaiannya. Tapi hari ni baru mendapat kata putus dari my boss.

Alhamdulillah... segalanya dipermudahkan untuk saya. Walaupun kalau ikutkan memeningkan kepala saya. Saya perlu kuat dan perlu sabar mengerjakan benda alah ni...

Apa dia ........ yang menyusahkan saya ... ialah



 Sistem yang kami gunakan untuk generate jadual waktu sekolah dan saya sedikit demi sedikit semakin boleh menggunakannya.   Sistem inilah yang kami gunakan untuk menyusun atur jadual waktu guru di sekolah.

Harap2 saya boleh buat yang terbaik untuk jadual waktu sekolah selepas ini...

dan harap2 guru akan berpuas hati... walaupun saya sendiri mengajar 26 waktu seminggu.... sabar ajelah.


Monday, February 14, 2011

Percaya ke tidak????

Entahlah.... saya pun tak tau...
Saya harus percaya atau tidak.  

Kalau tak percaya pun susah jugak.
 Nak percaya pun susah.

So... pendekatan yang saya pilih....

Saya serahkan segalanya kepada Allah ta'ala.

Hanya Dia yang mengetahui segala yang tersembunyi dan segala yang nyata.

Ya Allah... lindungilah saya dari apa jua yang mendatangkan kemudaratan

Hanya pada MU Ya Allah ... aku mohon pertolongan





Sunday, February 13, 2011

Apa yang perlu saya lakukan???

Saya betul-betul tak tau apa yang boleh saya lakukan. Saya dapati saya terpaksa mengajar dengan 26 waktu. Apa yang perlu saya lakukan.????

Saya benar-benar rasa macam tak mampu nak melakukannya,....

Dengan tugas yang sedia ada....

Bila masa nak buat observation/pencerapan?
Bila masa nak buat kerja pentadbiran?
Bila masa nak semak buku/latihan pelajar?
Bila masa saya nak buat perancangan?

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh........

Berserah sajalah pada keadaan,,...

Yang penting.....

Do your best....





Second trial... hopefully berjaya

Apa yang kwn saya email dalam yahoo inbox saya....





Halwa telinga