Wednesday, October 27, 2010

e-Penyata Gaji

Dah dua hari cuba untuk memprintkan e-penyata gaji. Masih gagal. Mulai bulan ini penyata gaji dah tak diberikan kepada staf. Semua kena online sendiri dan print sendiri kemudian failkan sendiri. Memang betul-betul rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Payah betul yang munculnya hanya nama dan no gaji aje............
Memang betul2 menyusahkan saja.   Sekarang kerajaan asyik berjimat tetapi sukar betul dibuatnya.............


 










Kembali ke Laman Utama




 





























Tuesday, October 26, 2010

Broadband baru

Saya ada broad band baru. Dengan penuh nekad saya beli yang baru and terminate yang lama. So... sekarang ni adalah percubaan saya menggunakan broadband..ni. 

Alhamdulillah............. lebih baik dari yang sebelum ni. Suka sangat. So nanti boleh le...bersembang dengan ...........tuuuttttttttttttttttttt. Tapi kena tunggu sehingga dia kembali ke daratan.....Seronoknya dan tak sabarnya

Broadband baru

Saya ada broad band baru. Dengan penuh nekad saya beli yang baru and terminate yang lama. So... sekarang ni adalah percubaan saya menggunakan broadband..ni. 

Alhamdulillah............. lebih baik dari yang sebelum ni. Suka sangat. So nanti boleh le...bersembang dengan ...........tuuuttttttttttttttttttt. Tapi kena tunggu sehingga dia kembali ke daratan.....Seronoknya dan tak sabarnya

Saturday, October 23, 2010

Saturday... it's working day

This is the second last saturday for  the month. Kena turun ke sekolah.. walaupun orang lain sibuk dengan pesta bersaug di Dalat. What is Bersaug.....? it's mean  lumba berkayuh. Saya tak le teringin sangat nak pergi... tapi saya sebenarnya not in mood nak bekerja hari ini.
So aktiviti saya hari ini hanyalah.... makan... bantu guru yang datang jumpa saya... menghadap facebook... menghadap blog... menyemak  answer script trial spm...


Sekarang saya menunggu masa nak balik.................................. ermmmmmm.......... tak patut betul rasanya perbuatan ini dilakukan...

Friday, October 22, 2010

Rinddu tapi.............(21102010

Macam bodoh aje  title hari ni. Tapi.... rasa macam tak padan dengan taraf anak dara tua yang saya sandang ni…

Tapi… memang itulah perasaan aku  masa ni. Nak buat  cam mana ya… perasaan macam ni tak boleh saya hindari…  Saya benci bila saya mempunyai perasaan ini. Kenapalah perasaan macam ni boleh ada


Tapi aku adalah manusia yang telah Allah berikan perasaan seperti ini.  So.. macam mana nak buat ya.. Aku rindu tapi … tak tau.


Aku rindu……… teramat…………………………………………….. Moga dia kan mengerti

Memerah Otak.... (20102010)

Malam ni saya melihat kembali cadangan  guru mata pelajaran dari Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima untuk kegunaan sesi Persekolahan tahun 2011. Berpusing juga kepala untuk menentukan guru mata pelajaran. Saya sediakan awal bagi membantu mempercepatkan mesyuarat  Pengurusan yang akan diadakan Lusa (Jumaat 22 Oktober 2010). Di  samping menyediakan  borang kosong saya juga menyediakan list guru tingkatan.

Entah macam mana saya tak mencatat  nama yang saya  telah bincangkan peringkat awal dengan PK HEM (Cikgu Shazwan). Saya Tinggalkan dahulu yang saya tak ingat dan kelas Azubah 5sc bestari untuk tahun 2011. Baru perasan Azubah tak mengajar kelas tu rupanya selepas  perpindahan guru physic pertengahan tahun ni. Tak pe esok jumpa lagi Mr Money Daddy untuk menyelesaikannya.

Beside that.. saya juga berusaha meminimumkan bilangan guru Pendidikan Islam mengajar. Berjaya menggabungkan semua kelas Bestari. Tak Taulah.. semua kelas bestari akan mempunyai  40 orang bila digabungkan. Tak pelah… 3 Bestari 1 & 2 saya ambil…  redah ajelah. Kalau tidak digabungkan… Semua kami 26 waktu seminggu.  Tiga orang yang mempunyai 28 Waktu. Sian guru Pendidikan Islam. Tapi  tak palah kan… Jihad. Sekarang ni.. Saya sendiri akan mengambil 22 waktu seminggu. Okeylah tu. Satu ketika dahulu pernah mengajar sampai 30 waktu. Tak de masalah pun. Sampai   bawak bekal makanan ke Surau Sekolah sebab kelas selalu diadakan di Surau. Kira bersyukurlah kan. Insya Allah kerja lain takkan terabai kecuali bahagian pencerapan yang akan menghadapi masalah.

Sebabnya….  Saya boleh buat sebelah petang dan malam. Cuma mungkin latihan murid tidak dapat disemak sekerap tahun ni. It’s okey… saya mesti lakukan apa yang terdaya. InsyaAllah.

Tugas utama saya tahun depan tidak berbeza dengan tahun ni. Walaupun banyak.. tapi saya akan sediakan semuanya sebelum sekolah buka especially  untuk Program MaCs.. apatah lagi  diperuntukan seorang guru untuk membantu tugas saya. Hahahahaha  Genevie kita masih lagi terpaksa membuat kerja-kerja yang sama untuk Tingkatan Tiga  Tahun depan. Bersedialah anda.

Kepala dah mula berdenyut… I think I need to sleep now.  Kalau rajin… ada lah entry seterusnya dalam masa terdekat. Kalau tidak… Maafkan saya sebab… perlu focus  beberapa  tugasan yang perlu saya selesaikan sebelum cuti  sekolah akhir tahun.  (Macamlah ada follower yang ramai) hehehe

Wednesday, October 20, 2010

Tabahlah Faezah

Sabtu… jam 8.30 pagi.. Izal called memaklumkan bahawa Fareez suami kepada Faezah anak saudara saya yang baru berusia dua puluh tahun telah meninggal dunia. Saya tak tau kenapa saya terlupa menceritakan kepada mak dan bapak saya tentang suami Faezah yang sedang tenat di hospital. Berita itu hanya disampaikan pada hari Jumaat. Itu pun saya tak pasti keadaan sebenar suami Faezah sehinggalah mak memberitahu Anjang Ha and husbang ke Sibu untuk melawat cucu menantu mereka.

Pagi Sabtu tu… saya bersembang dan mengusik sepupu saya yang sedang menjemur baju. Selesai bersembang.. saya masuk bilik dan Ijal called memaklumkan berita tersebut. Ketika itu saya merasakan mungkin mak dah tau ada kejadian bakal berlaku menyebabkan dia berat hati membenarkan saya ke Sibu hari ini. Saya termenung seketika mengenangkan nasib anak saudara. Saya mengira usianya…lebih kurang 20 tahun. Dengan pelajaran setakat SPM.. anak lelaki seorang, tengah akktif dan baru berusia setahun lebih… apa nak jadi dengan nasib dia. Saya pergi menziarahi dan menemani anak saudara saya Air mata saya mengalir mengenangkan nasib malang yang menimpa. Kuatkah dia menghadapi kehidupan seterusnya…. Mampukan dia untuk menahan dugaan hidup… Berjayakah dia menangkis segala kata-kata masyarakat sekeliling.

Sebagai ibu saudaranya… saya hanya mampu berdoa' dan boleh berkongsi kesedihan yang dia alami.. Tapi tika menatap wajah pasrahnya… Saya merasakan Faezah jauh lebih dewasa dari usianya. Malah terkadang ketika itu saya merasakan dia lebih matang dari saya sendiri hanya sudah menghampiri usia 40 tahun. Mungkin perjalanan hidup menyebabkan dia lebih dewasa dari usia sebenar.

Anakanda Faezah.. Moga Faezah akan terus tabah… tak tau bagaimana harus dicatatkan di sini dengan kata-kata… Tapi Chik tau… faezah tabah ..kuat… dan tidak lupa pada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya dugaan ini mengandungi hikmat yang kita tak tau apa… Doa'kanlah perjalanan hidup suami faezah di alam yang satu lagi di bawah lindungan Allah.

Al-Fatihah……..

Friday, October 15, 2010

PMR 2010

Update yang tertunggak..... walaupun dah beberapa hari di karang tapi terperap aje..... busy kah saya?????

Wah...dah hampir empat hari  blog ini tidak dijenguk dan diupdatekan. Tapi tak kisah... sebab ia hanya catatan kecil seorang insan kerdil dan tiada apa yang menarik untuk tatapan (walaupun yang menatapnya dua tiga orang aje. Selepas melalui minggu yang sibuk minggu lepas... kesibukan berterusan minggu ni dengan memastikan anak-anak didik berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menduduki peperiksaan. Jagaan yang secukupnya ke atas barangan peribadi murid2 ini.
Terkadang terfikir juga.. budak-budak ni tau tidak kenapa cik nak menyusahkan diri cam ni. di sekolah lain kami memang  kumpulkan murid  sebelumpeperiksaan bermula. Guru mata pelajaran memberi ingatan terakhir... dan berdasarkan 5 tahun saya bersama pelajar sebekum pelajar menduduki peperiksaan... tips-tips akhir amat perlu bila more then 50% benda yang disebut disoal dalam peperiksaan yang bebudak tu duduki. Walaupun orang kata dah terlambat.. tapi sekurang-kurangnya.. ada bekalan dalam minda budak2 yang langsung tak mengulangkaji kat rumah..yang mengharapkan guru mengawqsi kalau boleh 48 jam sebelum peperiksaan bermula. Tapi.. bagi kelas-kelas corot tu... dalam masa lima minit semuanya dah hilang dari kepala. 
Bila ngajar kelas corot ni..biasanya saya akan mengulangi benda yang sama sepanjang tahun. soalan latih tubi yang sama.... sehinggakan belasan kali saya buat soalan yang almost the same... pun dia orang tetap tak perasan... tapi itulah keindahan dan dugaan menghadapi pelajar yang teramat lemah. kadang tersenyum sendiri membaca jawapan mereka. Tapi bila dah penghujung tahun kita dapat melihat perubahan dari markah yang hanya 5% sahaja dalam peperiksaan yang pertama boleh meningkat pada 30% malahan ada yang sampai 40%. masa tu..doa dipanjangkan moga perkembangan yang positif berterusan sehingga ke peperiksaan awam yang sebenar yang bakal diduduki pada penghujung tahun. 
Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang mengerti perasaan puas hati dengan pencapaian seperti itu.... walaupun tak le sehebat mana pencapaian mereka. 
Hari ini aku duduk-duduk aje dalam bilik aku... berusaha menyiapkan segala kerja yang tertunggak sejak 4 hari yang lepas. Tak boleh nak buat esok hari sebab esok kena bertugas.
Tapi dalam sibuk nak siapkan kerja,... saya nak juga berblog dan mengupdatekan apa yang ada... dan saya teringin juga nak masukkan gambar-gambar... hehehhe

Halwa telinga