Saturday, June 26, 2010

Mata oh Mata.

Hari ni... enjoy my self dalam majlis penghargaan oleh PPD Dalat. Penat berbaris... ketika perut tengah berkeroncong. Bimbang jugak masa terima dari YB... perut mengeluarkan bunyi yang sumbang dan boleh menyebabkan saya pura2 pengsan kat situ... (acah aje tu)
Selesai upacara di Kingwood Resort Mukah.. saya and my friend Kertina memulakan pencarian barang-barang yang hilang. Yang sedihnya.. kad atm saya tertinggal di rumah... terpaksa lah mencari alternatif lain.
Tajuk pulak macam tak de kaitan aje.. yang saya k cerita barula. Sebenarnya... cerita hari ni adalah tentang mata saya ni tak leh dipujuk2 untuk terus berjaga.. Biasalah orang tua kan... So... entry saya hari cuma nak maklumkan saya mengantuk and nak tidur. Good night my,,, dear.

Thursday, June 24, 2010

La Tahzan

Membaca cebisan-cebisan kisah dalam La Tahzan Gadisku... Menyingkap persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di fikiran si gadis....
Memikirkan... apakah aku tergolong dalam golongan gadis-gadis itu?  Entahlah.. tak pa... saya bukan ingin  bercerita ttg La tahzan Gadisku....
La Tahzan Norhayati... that is the right topic  I think. Bukannya saya tahzan kerana saya masih single. Tapi saya Tahzan kerana saya selalu disalah anggap. Adakah setiap orang yang single selalu di anggap terdesak untuk mencari jodoh.  
Saya juga tahzan... dengan keadaan saya sendiri. Keadaan kerja saya yang saya rasakan semakin merosot. Ini mungkin sebab saya dah lama di SMK Oya kot. Tapi kalau nak transfer pun kemana arah perjalanan kaki ini seharusnya saya bawa.
Saya tahzan sebab saya masih belum berjaya memberi kesenangan kepada ibu bapa saya.. Tapi saya tetap tak lupakan tanggungjawab saya kepada mereka. Saya tahzan kerana ibu saya risaukan kehidupan saya... yang tiada berteman.. yang dunianya asyik dengan kerja atau menghadap benda alah laptop ni. 
Saya tahzan..kerana saya semakin hilang keyakinan untuk meneruskan hubungan saya... dengan insan yang mungkin masih saya sayangi. Saya merasakan seolah tiada penghujung atau penyudahnya. Tak nampak lagi di mana akhirnya hubungan yang dijalankan sejak 10  tahun lalu......... wahhhhhhhhhhh.... macam tak percaya saja.. dah lebih sepuluh tahun,,....
Yang pentingnya... saya tahzan kerana saya masih belum berjaya mencantikkan blog saya ni macam blog orang lain.... Aduhhhhhhhhhhhh.. ini yang menyebabkan saya tahzan. Saya dah cuba buat kat rumah... tapi line terlalu seperti siput bergerak.... warghhhhhhhhhhhhhhh. Sedihnya.... terlukanya.... dan kecewanya....
Walau apa pun... La tahzan ya Norhayati.  Hidup mesti sentiasa ceria dan senyum selalu.

Wednesday, June 23, 2010

When u buy,... u must know your objectives.........

Pelik aje tajuk hari ni...kan?  Apa kaitannya dengan kehidupan seharian. Banyak perkara yang saya lalui dalam kehidupan. Banyak pahit dan dalam masa yang sama yang manis pun tetap banyak juga, Kan Allah tu Maha Adil... Suka dan duka... pahit dan manis dijadikan sebagai warna dalam kita menjalani kehidupan. 
Bila menghadapi keadaan yang merunsingkan... saya mudah hilang sabar.. saya jadi mudah marah. Namun begitu saya masih dapat membezakan pada siapa yang perlu marah dan tegur. Dalam hidup  saya.. saya tak ramai kawan. Mungkin sebab saya  jenis yang kasar dan bila menegur saya selalunya berterus terang. Mungkin juga kerana airmuka saya memang garang. Sampaikan murid di sekolah takut untuk mendekati saya. So.. saya terfikir layakkah saya menjadi seorang guru. Seorang guru seharusnya seorang yang  lemah lembut... memahami dan mudah didekati.  Agak-agaknya kerjaya apa yang sesuai dengan diri saya. Sebab itulah saya letakan tajuk di atas.... sepatutnya saya selepas memilih  bidang ini.... Nampaknya saya tidak melihat secara objektif peranan seorang guru.. Tapi bagaimana saya nak merubah diri saya... Tentu janggal agaknya orang melihat kalau saya jadi orang yang lemah lembut....  Saya sendiri pun tak mampu membayangkan. Dan yang terbayang di kepala saya ialah... mesti orang kata...: "biar betul....  Ustazah ni okey ke?????"
Dalam hidup.... bila kita telah memiliki sesuatu..kita seharusnya menjadikan ia milik kita sepenuhnya. Tiada lagi dua tiga... dan perlu berusaha menjadi yang terbaik. Namun... saya tak mampu melakukan. Keadaan kerja saya yang agak kelam kabut  sejak dua menjak ni telah... menyebabkan saya mula berfikir kembali... Perlu kah saya menukar kerjaya saya.  Atau terus statik pada kedudukan masa kini. Senang cerita.. I am not very happy with my performance now. Kerja lambat disiapkan. Yang dah siap saya tak tau kat mana saya letak... keadaan bilik saya sama kucar-kacir dengan diri saya sendiri dan jua kehidupan saya.
Tapi... dalam masa yang sama... saya tidak boleh hanya memikirkan diri saya sendiri sahaja. Ibu... bapa.... adik2  dan siapa saja yang ada disisi saya ketika susah dan senang. Malah saya juga perlu juga fikirkan anak-anak murid saya,.. walaupun saya tak pandai mengajar... tetapi saya tetap mahu mereka berjaya.  Jadi... di mana harusnya titik noktah perjalanan saya di SMK Oya. Dan di mana seharusnya saya memulakan titik awal untuk sebuah penghijrahan...... Apa pun.. doa saya dalam melalui kehidupan ini.. Moga Allah sentiasa melindungi perjalanan ini... apa jua pilihan yang dibuat tidak tersasar dari landasan yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa" Ya Allah... mudah-mudahan Kau sentiasa permudahkan perjalanan ini...  Andai kau dikurniakan  kebahagiaan seperti orang lain... Kau kurniakanlah kebahagiaan  yang terbaik untuk hamba yang lemah ini.... Aminnn.........

Friday, June 11, 2010

Kembali Ke Sekolah

Kembali ke sekolah ....  huhu.. Setelah berjuang untuk PTK konon-kononnya... saya mula ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu. Walau apa  pun mood tengah tak de. Cuma membuat  beberapa perbincangan denga pengetua untuk beberapa perkara. Agak-agaknya pengetua mesti terfikir.. pasallah cikgu ni tak jumpa sekali gus dan bincang satu persatu setiap perkara yang perlu diselesaikan. hahahaha
Sebenarnya tak de apa yang nak diceritakan dalam bingkisan ni. Semalam saya menduduki PTK dengan harapan saya mendapat IV. Saya dah mencuba  dan sekarang saya berdoa' mudah-mudahan Allah murahkan rezeki saya... dan saya berjaya melepasinya. Sebab nilah paper terakhir saya untuk DG44. Lepas atau tidak tak de peluang untuk mengulang kembali kecuali tahun depan dibuat perubahan lagi dalam PTK ni. Bagaimana saya menjawab???? Entahlah... sebab saya dah rasa pening dan nak muntah bila tengok soalan. Saya habiskan tugasan saya iaitu menjawab soalan ini dalam masa 35 minit. Entahlah berserah kepada  yang Maha Esa menetukan rezeki saya seterusnya. Bukan apa... sejak minggu lepas saya sakit kepala.. Hari Isnin malam agak teruk sehingga saya tak boleh nak mengulangkaji. 
Hari selasa... saya membawa my father to hospital. Buat check berkala. Hari Rabu saya  menghabis masa untuk study.. walaupun kepala pun dah pening dan saya akhirnya tidur awal... sebab tak mampu nak menahan sakit kepala.
Hari khamis.... saya sakit perut senggugut....Aduhhhhhhhhhh.... So.. duduklah saya PTK dalam keadaan yang tak berapa nak sihat... buat i tried my best.
So..hari ni.. setelah beberapa maklumat yang saya perlukan ada ditangan... saya akan balik rumah dan bersedia untuk melaksanakan tugasan sekolah secepat mungkin. Insya Allah sebelum Isnin semuanya akan selesai dibuat. harap segalanya dipermudahkan Allah ...amin Ya Rabbal A''lamin

Monday, June 7, 2010

Cuba untuk ...

Boat yang rosak enjinnya.... berlabuh di kampung jiran..(Lupa nama Kampung)
Boat yang datang saya rasalebih selamat... tapi lupa nak ambil gambar

Boat yang ada di Wharf di Belawai

Jambatan yang baru siap..menghubungkan belawai dengan daerah Daro. So pergantungan kepada boat xpress berkurangan dan feri juga hanya dua tempat saja dari Daro. Tapi kalau dari Oya semuanya menjadi tiga sahaja. Feri di Daro itulah yang memakan banyak masa. Hampir Tiga jam di feri sahaja,.....

Pemandangan di wharf Belawai

Pemandu boat mencari bantuan bila mana boat rosak dalam perjalanan... yang bestnya maklumat yang diperolehi mengatakan kami karam... nasib baik tak karam



Dua anak dara satu isteri orang dalam feri di Kampung Nangar Daro


Selepas hampir lima hari saya tidak menjenguk ke sekolah.... Hari ni.. saya luangkan masa di sekolah...kononnya nak belajar di sekolah. Tanpa gangguan dan keadaan yang sunyi cukup menyenangkan hati. Fokus mula hilang menjelang jam 12 tengahari. Saya mula melayari internet... dan mencuba belajar membuat sesuatu yang baru untuk blog buruk saya ni. Masih tak cantik macam blog orang lain.
Teringat kembali perjalanan saya di hari khamis dan jumaat yang lepas. memang seronok. Sebabnya... ia mengingatkan aku zaman kecil dulu. Suasana kampung di Kampung Serdeng... tak jauh beza dari suasana kampung saya semasa kecil dulu. Sungai sebagai pengangkutan utama. Tempat mandi... dan dulu tempat saya... ia adalah tempat permainan saya
Menaiki boat...kalau dulu... saya boleh berlari dalam boat... rupanya usia boleh mengubah situasi itu. saya agak takut-taku... dalam boat (pada awalnya saja) mungkin sebab dah terlalu lama tidak menaiki boat seperti itu. Di tambah lago dengan enjin biat rosak. di tengah-tengah sungai yang besar... Nasib baik pergi bersama member... kalau tak mau saya menangis sekuat-kuatnya dalam boat itu. ehehhehe.
sampai di Mupong... saya lupa nak ambil gambar.... Sebab saya jarang bergambar sebenarnya... tapi gambar di atas tu adalah sedikit buah tangan yang saya dapat ari sana. Thanks kepada keluarga kawan saya yang begitu baik dan layanan yang akan diingati selmanya.
Sampai di tempat kawan yang tiada talian talifon yang selalu menjadi sumber untuk membuang segala kesunyian... ohhh... tidak... Agaknya kalau saya hidup di kawasan tersebut macam mana agaknya nya. Tapi orang kata... alah bisa tegal biasa. Kadang suasana seperti itu menjadikan kita insan yang kuat dan insan yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian atas setiap masalah. Menjadi kita orang yang berdikari dan yang penting menjadi kita orang yang kuat dan apa jua keadaan yang muncul di masa depan akan dapat kita lalui dengan baik. Baik dari perjalanan itu, saya merasakan betapa bertuahnya saya kerana tempat saya lebih mudah dihubungi dengan talian telefon maupun pengangkutan jalan raya. Serta kemudahan lain yang lebih baik dari tempat yang dilawati. Yang lebih penting tidak menyebabkan saya kebingungan kerana terkurung dalam tempat yang sama..... heheheh Alhamdulillah. Ku syukuri rahmat Mu ya Rabbi...........

Tuesday, June 1, 2010

Melepak

Dua kali ke Mukah merupakan rutin saya sejak dua  tiga ahri ni. Sebab boring duduk kat rumah. Tapi hari ni terpaksa juga ke Mukah di sebelah petang sebab urusan email yang tak berjaya dilakukan sejak dua tiga hari yang lepas. Tapi kalau tak berjaya jugak hari ni.... memang   tak akan saya buat lagi.... geramnya........
Saya menggunakan bahasa Melayu... lastly saya tak begitu faham arahannya. Bukan kerana pandai Bahasa Inggeris tapi sebab bahasa melayu pun lemah.... so.. next time le buat entry

Tuesday, May 25, 2010

Musim Exam.... peperiksaan..boringnya

Sudah dua minggu ... murid di SMK Oya bberjuang menjajwab soalan untuk penilaian akhir penggal pertama.  Tingkatan tIga dah selesai last week... yang boringnya... markah kena settle terus sebelum dihantar pada as soon as sekolah dibuka nanti.
Saya cukup tak suka musim exam....... sebab mengantuk duduk mengawas dalam kelas............ boringnya............arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, May 15, 2010

Pening... Elektricity Tak de

Hari ni selepas selesai majlis gotong royong... (ye ke saya bergotong royong... sebab hari ni saya bergotong royong mengambil makanan yang ditempah untuk makanan ibu bapa dan guru di Mukah) saya makan di Bilik Guru Kanan,,,... sempat le membuat makanan tradisional kita orang... and menyampaikan hajat seorang rakan sekerja yang teringin untuk makan linut dan umai. Riuh juga le dia orang membuat linut... yang hampir2 tak menjadi.. dah lah dua orang yang membeli tu..kedekut.. beli seketul saja.....hehehhee
Balik rumah.. sebab nak ambil blender... Blender di bilik ert dah rosak semuanya... So balik rumah ... singgah rumah my aunty untuk pinjam blender... sempat le menyambar dua pasang tudung for next monday... (Hari Guru.... merangkap Hari tuaku.... kena pakai baju seragam satu staff.? tudung pula.... hehehhehe nak yang baru juga. And then singgah rumah my aunty yang satu lagi nak ambil kad ucapan hari guru yang dipesan oleh Nana untuk anaknya.
Baru sekejap kat rumah... aduhhhhhhh black out... so saya ambil keputusan berada di sekolah sampai petang. Dapat juga buat kerja yang tengah berlambak terutama jadual waktu yang perlu disiapkan segera.
Tension betul kalau elektricity bermasalah macam ni....
Tapi alhamdulillah ... kat sekolah okey. So beri arahan apa yang patut kat student untuk menyiapkan kerja2 yang tinggal sedikit bersama dua orang guru mereka. So tinggalkan mereka menjalankan kerja mereka.. dan saya mula memeningkan kepala mengatur jadual cikgu2 . walaupun masuknya cuma seorang tapi... berlaku perubahan untuk beberapa orang kerana.. guru yang masuk tak match dgn subject guru yang dikick out. Tak apalah .. saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas itu. sebab ingin membuktikan.. kami boleh melakukannya.... Hanya yang terlibat sahaja yang memahami... kan Nana kan... huhuhu

Halwa telinga