Monday, June 7, 2010

Cuba untuk ...

Boat yang rosak enjinnya.... berlabuh di kampung jiran..(Lupa nama Kampung)
Boat yang datang saya rasalebih selamat... tapi lupa nak ambil gambar

Boat yang ada di Wharf di Belawai

Jambatan yang baru siap..menghubungkan belawai dengan daerah Daro. So pergantungan kepada boat xpress berkurangan dan feri juga hanya dua tempat saja dari Daro. Tapi kalau dari Oya semuanya menjadi tiga sahaja. Feri di Daro itulah yang memakan banyak masa. Hampir Tiga jam di feri sahaja,.....

Pemandangan di wharf Belawai

Pemandu boat mencari bantuan bila mana boat rosak dalam perjalanan... yang bestnya maklumat yang diperolehi mengatakan kami karam... nasib baik tak karam



Dua anak dara satu isteri orang dalam feri di Kampung Nangar Daro


Selepas hampir lima hari saya tidak menjenguk ke sekolah.... Hari ni.. saya luangkan masa di sekolah...kononnya nak belajar di sekolah. Tanpa gangguan dan keadaan yang sunyi cukup menyenangkan hati. Fokus mula hilang menjelang jam 12 tengahari. Saya mula melayari internet... dan mencuba belajar membuat sesuatu yang baru untuk blog buruk saya ni. Masih tak cantik macam blog orang lain.
Teringat kembali perjalanan saya di hari khamis dan jumaat yang lepas. memang seronok. Sebabnya... ia mengingatkan aku zaman kecil dulu. Suasana kampung di Kampung Serdeng... tak jauh beza dari suasana kampung saya semasa kecil dulu. Sungai sebagai pengangkutan utama. Tempat mandi... dan dulu tempat saya... ia adalah tempat permainan saya
Menaiki boat...kalau dulu... saya boleh berlari dalam boat... rupanya usia boleh mengubah situasi itu. saya agak takut-taku... dalam boat (pada awalnya saja) mungkin sebab dah terlalu lama tidak menaiki boat seperti itu. Di tambah lago dengan enjin biat rosak. di tengah-tengah sungai yang besar... Nasib baik pergi bersama member... kalau tak mau saya menangis sekuat-kuatnya dalam boat itu. ehehhehe.
sampai di Mupong... saya lupa nak ambil gambar.... Sebab saya jarang bergambar sebenarnya... tapi gambar di atas tu adalah sedikit buah tangan yang saya dapat ari sana. Thanks kepada keluarga kawan saya yang begitu baik dan layanan yang akan diingati selmanya.
Sampai di tempat kawan yang tiada talian talifon yang selalu menjadi sumber untuk membuang segala kesunyian... ohhh... tidak... Agaknya kalau saya hidup di kawasan tersebut macam mana agaknya nya. Tapi orang kata... alah bisa tegal biasa. Kadang suasana seperti itu menjadikan kita insan yang kuat dan insan yang mempunyai pelbagai jalan penyelesaian atas setiap masalah. Menjadi kita orang yang berdikari dan yang penting menjadi kita orang yang kuat dan apa jua keadaan yang muncul di masa depan akan dapat kita lalui dengan baik. Baik dari perjalanan itu, saya merasakan betapa bertuahnya saya kerana tempat saya lebih mudah dihubungi dengan talian telefon maupun pengangkutan jalan raya. Serta kemudahan lain yang lebih baik dari tempat yang dilawati. Yang lebih penting tidak menyebabkan saya kebingungan kerana terkurung dalam tempat yang sama..... heheheh Alhamdulillah. Ku syukuri rahmat Mu ya Rabbi...........

Tuesday, June 1, 2010

Melepak

Dua kali ke Mukah merupakan rutin saya sejak dua  tiga ahri ni. Sebab boring duduk kat rumah. Tapi hari ni terpaksa juga ke Mukah di sebelah petang sebab urusan email yang tak berjaya dilakukan sejak dua tiga hari yang lepas. Tapi kalau tak berjaya jugak hari ni.... memang   tak akan saya buat lagi.... geramnya........
Saya menggunakan bahasa Melayu... lastly saya tak begitu faham arahannya. Bukan kerana pandai Bahasa Inggeris tapi sebab bahasa melayu pun lemah.... so.. next time le buat entry

Tuesday, May 25, 2010

Musim Exam.... peperiksaan..boringnya

Sudah dua minggu ... murid di SMK Oya bberjuang menjajwab soalan untuk penilaian akhir penggal pertama.  Tingkatan tIga dah selesai last week... yang boringnya... markah kena settle terus sebelum dihantar pada as soon as sekolah dibuka nanti.
Saya cukup tak suka musim exam....... sebab mengantuk duduk mengawas dalam kelas............ boringnya............arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, May 15, 2010

Pening... Elektricity Tak de

Hari ni selepas selesai majlis gotong royong... (ye ke saya bergotong royong... sebab hari ni saya bergotong royong mengambil makanan yang ditempah untuk makanan ibu bapa dan guru di Mukah) saya makan di Bilik Guru Kanan,,,... sempat le membuat makanan tradisional kita orang... and menyampaikan hajat seorang rakan sekerja yang teringin untuk makan linut dan umai. Riuh juga le dia orang membuat linut... yang hampir2 tak menjadi.. dah lah dua orang yang membeli tu..kedekut.. beli seketul saja.....hehehhee
Balik rumah.. sebab nak ambil blender... Blender di bilik ert dah rosak semuanya... So balik rumah ... singgah rumah my aunty untuk pinjam blender... sempat le menyambar dua pasang tudung for next monday... (Hari Guru.... merangkap Hari tuaku.... kena pakai baju seragam satu staff.? tudung pula.... hehehhehe nak yang baru juga. And then singgah rumah my aunty yang satu lagi nak ambil kad ucapan hari guru yang dipesan oleh Nana untuk anaknya.
Baru sekejap kat rumah... aduhhhhhhh black out... so saya ambil keputusan berada di sekolah sampai petang. Dapat juga buat kerja yang tengah berlambak terutama jadual waktu yang perlu disiapkan segera.
Tension betul kalau elektricity bermasalah macam ni....
Tapi alhamdulillah ... kat sekolah okey. So beri arahan apa yang patut kat student untuk menyiapkan kerja2 yang tinggal sedikit bersama dua orang guru mereka. So tinggalkan mereka menjalankan kerja mereka.. dan saya mula memeningkan kepala mengatur jadual cikgu2 . walaupun masuknya cuma seorang tapi... berlaku perubahan untuk beberapa orang kerana.. guru yang masuk tak match dgn subject guru yang dikick out. Tak apalah .. saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tugas itu. sebab ingin membuktikan.. kami boleh melakukannya.... Hanya yang terlibat sahaja yang memahami... kan Nana kan... huhuhu

Friday, May 14, 2010

Hari Guru (16 Mei 2010)

Hari Guru disambut oleh warga guru dengan senyum dan ceria (agaknya lah kan) Tapi adakalanya Hari Guru turut mengundang pilu di hati. Kenapa...? Biarlah ia sebagai rahsia yang tak mungkin terucap.
Teringat semasa mengajar di SMK Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur.... Kala itu memang Hari Guru saya rasakan cukup meriah... Sebabnya....
1. Sambutannya diatur oleh murid dengan bantuan guru penasihat pengawas. tapi kalau diSepara.. sebabnya... kali pertama Sambutan hari Guru tidak menjemput tetamu dari luar.... Ketua budang Teknik & Vokasional... kata tahun ni .. tahun percubaan untuk pengawas mengendalikan Sambutan Hari Guru,... so langkah selamat tak payah jjemput orang luar... syukurrrr.... maka Isnin nanti..kami akan syok sendiri dengan sambutan hari guru.... Peringkat SMK Oya.
2. Teringat anak-anak murid saya di 2 Tabah. Memang menjadi guru tingkatan mereka menjadikan saya cukup tabah. Mana taknya.. tiga bulan pertama... Januari hingga Mac.. Tiap pagi saya naik kelas... kena sapu kelas... buang sampah... Lepas tiga bulan... mereka kesian kat cikgu dia orang kot... kelas dalam keadaan teratur dan bersih sentiasa. Siap ada perjanjian.... sebab dia orang nakal... suka main bola yang dibuat dari kertas dan dibalut dengan cellotape. So... pasti rosak keadaan kelas... tambah lagi dia orang main masa cikgu yang dia orang tak takut. Akhirnya... mereka bersetuju untuk sama2 mencantikkan kelas... dan menjaga kelas dengan baik.. nak main bola boleh tapi masa cikgu tak ada dan tidak boleh merosakkan perabot dan keceriaan kelas... Alhamdulillah.... Tiba hari Guru.... awal-awal lagi mereka jumpa saya... bersama hadiah. (bukan hadiah yang diharapkan tapi perubahan sikap) Yang buat agak tersentuh.. satu hadiah hasil kutipan dari mereka.. dan satu lagi secara peribadi... maka dapatlah saya hadiah dua beg besar tahun tu... Saya sayangkan kelas tu... sebab.. saya boleh menjadi tempat mereka bercerita.. bergurau dan cerita masalah mereka.. kebanyakan mereka dari keluarga yang sibuk memcari duiit..hingga anak2 tak terjaga oleh ibu bapa. Nak salahkan siapa.. itu adalajh tuntutan hidup... Malah ada yang ibu dan bapa bercerai... Saya tak tau di mana saya dapat kekuatan untuk merapati mereka... Menjadi rapat dengan mereka dan sekarang saya rindukan mereka. Apa khabar agaknya mereka sekarang... mudah-mudahan ada di antara mereka yang berjaya.. walaupun ada seorang telah menelefon saya mengatakan berhenti sekolah semasa di Tingkatan Empat.
3. tahun pertama saya di Bukit Bandaraya.. saya cukup rapat dengan group yang aktif Persatuan Pelajar Islam... banyak kenangan manis bersama pelajar-pelajar ini yang tak mungkin saya kutip di tempat lain. dan mereka mengajar saya menyelami kehidupan remaja di Kuala Lumpur.... tapi bila saya kenang kembali..nilai yang ada dalam diri mereka... tidak seteruk yang ditemui.. te tanah kelahiran saya sendiri.
Walau di mana pun saya berada saya akan tetap mengingat pelajar-pelajar saya ini... dan saya selalu rindu kan masa bersama mereka
Sudah enam hari guru saya lalui selepas meninggalkan SMKBB... saya masih mengingati lagi... kenangan di sana. Meraikan hari Guru di sekolah bersama guru dan muridnya dan meraikan hari guru diikuti dengan Hari Jadi saya bersama... insan yang menyayangi saya. Mampukah detik itu berulang kembali... Terserah pada yang Kuasa.

Saturday, May 1, 2010

I love Books...

Ini adalah cerita danish... dengan buku@novel chik Nya..


Banyaknya buku.... best ke buku ni...? Danish tengok.. chik Danish asyik bawa buku ni kehulu hilir aje.. tapi yang peliknya.. pegang je... Bukanya tidak...
Tapi yang danish pasti.. Chiknya yang garang itu.. amat kedekut dengan buku@novel-novelnya. Dia kata... penat dia kerja... cari duit.. nak beli novel dan buku.... Patutlah Chik selalu balik lewat kan.. rupanya dia kerja... cari duit sebab nak beli buku.....

Buku mana satu yang best.. ya.... Nak tanya... tak siapa yang sudi menjawab... mentang-mentanglah Danish budak kechik....


Haaaaa.... Danish rasa Danish tau buku mana yang nak diambil... bolehkan Chik..



Rasa penat berdiri.... so Danish duduk jelah..kan lebih selesa rasanya. Bestnya buku citer ni.. Danish ambil yang ni jelah.. Tapi macam mana dengan buku-buku yang sudah bertarabur kat lantai... Tu la.. orang tanya.. buku mana yang best tak nak jawab... Kan dah bertambah kerja Chik nak susun buku ni semula.... siannya Chik...


Yea... betullah buku ni memang best.... kalau tak Danish takkan happy sakan membacanya.... sampai terduduk... Sorry Chik yea... Sila kemas dan susun semula buku-buku chik yang telah Danish keluarkan tu.

Okey.... lain kali Danish citer apa yang bestnya tentang buku-buku yang Danish baca yea. Sebab nak habiskan tunggu Danish berumur 18 tahun dulu. Bukan apa... sure Chik tak bagi Danish baca novel-novel dia..yang berbungkus... dan Chik ada citer yang kawan dia selalu complain tentang Chik suka bungkus buku @Novel dia sampai keindahan seni kreatif orang yang terpapar tidak dapat dinikmati....... apa citer tu...???? danish pun tak faham.


Perjalanan... yang memang dah dijangka

1 Mei 2010
Hari ni cuti umum hari pekerja…. Tapi kami bertugas hari ini sempena mesyuarat agung PIBG, Sebab tak de tarikh lain yang kosong maka tarikh ini nak tak nak terpaksa juga di ambil untuk bekerja. Alhamdulillah Nampaknya warga guru SMK Oya memberi sokongan. Ibu bapa juga nampaknya ramai yang hadir. Cuma saya saja yang berkurung di bilik sendiri....huhuhu
Namun malangnya.. saya pula yang menderita sakit perut. Biasanya saya dah bersedia awal.. entah macam mana kali ini.. say tak bersedia..maka tersadailah saya di bilik ini sambil telinga cuba untuk mendengar apa yang berlaku di ruang serbaguna. Bolehlah saya ikuti sedikit-sedikit walaupun tak sepenuhnya. Seboleh mungkin nak besama-sama di bawah.. tapi bau dah bau minyak cap kapak… tak kan nak mengganggu hidung2 orang lain dalam majlis.. so… pasang sajalah telinga. Kalau dapat jadi macam plastic man … elok jugakkan.. dapat memanjangkan telinga.
Sebenarnya langsung tak de idea untuk dicatatakan di sini… So .. layan jelah gambar yang saya ambil ini…




Bersama penulis kegemaran dan kesayangan saya Kak Norhayati Berahim di Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur.

Bersama cousin saya… Tahirah (di tengah) dan Raafah di kiri sekali semasa menjamu selera di Pizza Hut Alamanda Putra Jaya. Thanks Yah sebab rela hati menjadi pemandu membawa saya ke Alamanda dan Putra Jaya serta thanks Raafah and husband yang membawa singgah di rumah mereka. Insya Allah lain kali saya bermalam rumah awak. Kali ni rumah Yah. Insya Allah

Masih di Alamanda, Putra Jaya


Dalam Speedboat semasa dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur Mac lepas…..

Pemandangan yang saya suka sangat ketika dalam speed boat… percikan air dan awan yang seolah dalam lukisan serta pohon-pohin hijau yang menjadi penghias sepanjang perjalanan dari sibu ke Dalat
Pemandangan inilah yang sering membuat saya leka… dan terlupa untuk tidur dalam perjalanan… hahahaha… tapi kalau dah letih sangat.. mmg tertidur… kalau saya duduk di belakang speed boat… jarang lah.. saya melelapkan mata kecuali sekejap aje. Perjalanan 2 jam tak terasa bila mata asyik menatap keindahan alam ciptaan Allah ini… Subhanallah



Pesta Kaul Mukah 2010…pada 24 April 2010
berjalan bersama-sama keluarga kawan baik saya dari Igan.. Masmary, Ibunya and mastura.


Saya di Pesta Kaul Mukah.. tapi tak tau apa sebenarnya makna di sebalik replica yang dibuat dari daun. Saya walaupun darah melanau jati mengalir dalam diri… huhuhu.. budaya dan adatnya memang saya fail….


Saya dengan mastura di pelamin klasik melanau.... Yelah... zaman sekarang sukar nak ditemui pelamin seperti ini lagi.... bila kami duduk di atasnya..kayunya berbunyi... waaaaa.... maknanya berat badan kami mampu meruntuhkan pelamin.... hahahahaha... tapi sebenarnya.. kerana kayu yang digunakan hanya yang kecil dan mudah patah... (tak nak ngaku juga..kegemukan sendiri)



Saya sukakan gambar ini,,, bukan perasan cantik sebab saya tau.. size badan saya yang besar… hahahaha.. tapi sebab ada gambar motorbike yang besar… saya sebenarnya sukakan motor besar… tapi rasanya saya tak mampu membelinya…. So.. entah siapa punya motor saya pinjam untuk bergambar… Harap-harap orang tu tak marah


Tak taulah siapa yang diintai di balik daun2 bagai tu..




Ni my lovely mother Hajjah Sebeah binti Haji Saberi.. saya bawa my mother berjalan on Friday… sebab menjangkakan hari sabtu sure orang ramai… seperti tahun-tahun sebelum ni.. tapi malangnya…. Jangkaan kami salah… tahun ni jumlah pengunjung jauh lebih sedikit dari tahun-tahun sebelumnya.



Ini pula ayah saya.. Haji Sulaiman bin Suib. Yang dibeli hanya rotan pemukul lalat je….HAri sabtu ayah saya… tak nak naik kereta.. seperti biasa.. motorsikal kesayangannya digunakan untuk berjalan-jalan di Pesta Kaul pada Hari Sabtu. Hari Jumaat sahaja dia berjalan bersama my mother and anak dara dia yang sorang ni…hahaha

Okeylah.. Cukuplah dulu..untuk kali… ini.. Insya Allah ada mood.. ada angin.. saya akan mencatat entah apa-apa kat sini. Walaupun sedar… ilmu tulis –menulis dan mencipta ayat yang cantik seperti blog orang lain… tidak saya milik…. Jumpa Lagi ati

Saturday, April 17, 2010

Demam

Dah masuk hari ketiga saya demam... keadaan masih sama seperti hari pertama....
So kuatkan ajelah hati untuk ke sekolah dan menjalankan kewajipan dengan kudrat yang ada,....
Tapi petang nanti dah janji dgn my aunt nak ke MUkah... macam mana ya...............??/

Halwa telinga