Monday, July 27, 2009

Isnin.... Terimalah kenyataan ini.

Agak pahit untuk dimulakan pada Isnin 27 Julai 2009. Aku ke dewan makan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas harian ku sebagai pembuka pejabat. 6 23 pagi aku masih berdiri di luar dewan makan... entah macam mana mata ku... tetiba saja melihat ke arah kereta yang masuk ke kawasan letak kereta..... Bila ku amati... ohhh... my new boss dah datang.... dia tunggu agak lama... baru aku teringat ... pastinya dia menanti pintu pejabat di buka... aku buat baring corner dari dewan makan ke pejabat and dah beberapa orang staff sekolah aku menanti.. hehehehe..
Aku selesai punch -in baru my new boss sampai di pejabat... so esok aku mesti bergerak lebih awal. Hari ni semuanya berjalan seperti biasa.... cuma agak janggal dengan boss baru yang mula bertugas hari ni. Aku cuba menerima kehadirannya.. walaupun hati aku sedih dengan perpindahan boss lama ku yang baik hati dan penuh pemahaman. Kawan aku lagi le.. dia kata nak minta cuti.... Aku bagitau,.... not so easy my dear.... hahahahha
Petangnya.. aku dan kawan aku pun mula buat projek kami iaitu... main masak-masak dan makan-makan.... mula-mula nak buat kat rumah aku saja tapi... mengenangkan rumah aku tak de peralatan... so aku cadang guna bilik masakan sekolah... so hasilnya..... udang bakar,... ikan kukus.... linut.... sayur pucuk labu.. umai... sambal tiga jenis....

Tapi semua tu lupa nak ambil gambar kecuali udang bakar saja.... dah habis makan baru teringat..... yang lawaknya... nasi langsung disentuh..... buat penat aje masak... Tapi aku puas hati sebab my boss like it... and sekali lagi skill memasak aku yang tak seberapa berjaya menghasilkan sesuatu yang menyelerakan.... hehehehe

Tapi hati ku tetap sedih,.... my boss tetap mengatakan walau dimana saja dia berada.... LHDN dia.. tetap kami yang akan selesaikan untuknya.... boss aku seperti biasa tetap cool and boleh lagi buat lawak... tapi aku tahan ajelah perasaan.... Itulah hakikatnya.... bertemu dan berpisah adalah perkara biasa dalam kehidupan. AKu mengharapkan aku dapat berkerja dengan baik di bawah my new boss... dan aku akan ingat kata-kata boss ku ini.... Siapa pun ketua kita.... kita terima dan patuh arahannya....

Sunday, July 26, 2009

Aktiviti yang sesak

Salam hari minggu.... hehehehe (kepada diri sendiri)
Semalam dah isytihar hari bermalas-malasan dan satu kerja pun tak jadi semalam kecuali basuh baju, dan kemas rumah sikit aje. Yang selebihnya bermalasan dihadapan TV atau laptop kalau tak pun... memejamkan mata
Hari ni dah rasa lega dah.. selepas melalui minggu yang cukup memenatkan ... bermula dari Isnin hingga Jumaat jadual saya penuh hingga ke malam. Nasib baik tak de siapa yang nak dijaga katt rumah.... rumah banglo ku... rrasa seperti hotel... tapi hotel ada orang tolong kemas... berangan nak ada pembantu yang boleh tolong iron baju... lipat baju ... kemas rumah... masak... sedangkan hidup sorang2 bukan ada apa pun yang nak dibantu orang lain.... dasar pemalas.
Bermula isnin (20.7.09).... seperti biasa tugas sebagai pembuka pejabat telah dianugerahkan kepada aku sejak Jun 2009.... settlekan beberapa tugas dan serahkan kes disiplin yang perlu disegerakan... aku terus ke sekolah yang perlu dilawati hari ni... Alhamdulillah.. tak de apa-apa maslah kat sekolah ni... petang kembali semula ke sekolah dan menyelesaikan dokumen seperti biasa. LEpas solat asar aku ke dewan makan... dan berada hingga ke malam
Selasa(21.7.09)..... lepas perhimpunan ingatkan aku boleh cabut terus untuk melawat sebuah lagi sekolah (sekolah terakhir tahun ni... merdeka) tak boleh jugak... kena handle kes dispilin yang melibatkan murid asrama... sebab parent mereka datang aku diminta bersama dgn mereka ni juga. Pergi ke sekolah terakhir... arghhh... tension bila berlaku masalah besar dalam pelaksanaan PBS sekolah ni... aku pelik kenapa berlaku perbezaan skor yang besar... rupa-rupanya sekolah tak menggunakan soalan yang standard untuk satu sekolah. Aku tak tau salah siapa. Setiap tahun sekolah ni ada masalahapabila aku datang membuat pemantauan. Tak pa... aku maklumkan kepada pengetuanya.... lepas tu aku balik... tapi sebelum balik ... aku sempat lagi mengganggu my friend yang jd PK Pentadbran sekolah ni... hehehe... tapi lain yang jadi.... ada pelawat MaCS akan datang ke sekolah dia petang tu jugak... sudah.... aku kena bersedia... my boss kata don't worry about that.. our document almost ready./..... tapi boss tak tau UP2 dan Pep. akhir pengal aku tak sempat lagi nai binding. Sampai sekolah lepas makan... aku mulakan operasi aku dan kemas kini faikl yang ada ditangan aku...berhenti sekejap solat asar sambung balik hingga maghrib.... rumah dua minit aje nak sampaipun... aku tak balik jugak.... solat maghrib di sekolah... sambil2 tu pantau secara senyap2 warden bertugas dan pelajar asrama punya aktiviti...hari ni siap... apa yang tak lengkap dan aku dapat melihat perjalanan aktiviti pelajar asrama dgn senyap2. dek kerana kegarangan ku.. agak2nya le... bila students sedar aku ada di koridor aras 1... semua senyap... warden bertugas pun hairan... tapi mereka maklum dgn situasi macam tu... hehehehehe
Rabu (22.7.09)... aku ingatkan kurang dah kesibukan aku hari ni.... PAgi seperti biasa masa free aku kena mengajar.... waktu rehat my boss panggil....dan aku terpaksa memenuhkan masa free aku dgn mengadap beberapa dokumen yang telah aku kemas kini.... tapi lepas tu aku lari ke kelas...alhamdulillah.. rombongan pelawat berpuashati dengan keadaan sekolah aku... yang bestnya... mereka kata sekolah ni mempunyai disiplin yang baik cuma kurang bernasib baik aje, Bersambung lagu dengan kes disiplin di mana ibu bapa yang dipanggil datang mengadap... aku beria-ia berpesan wajib tunggu aku untuk makan tengahari sampai ke sudah aku yang tak muncul... Tapi my friend baik hati.. dia tapaukan untuk aku... tapi aku dah tak selera makan bila tengok bilik untuk aktiviti petang ni not ready yet....aku bekerja sendiri angkat meja ... nasib baik pengawazs ada yang boleh tolong aku dengan segera....Petang... salam restu guru, aku kurang berpuashati dgn pelajar yang kurang berdisiplin dan tidak mengambil serius dgn apa yang sekolah rancangkan. Tambah dgn ibu bapa yang tidak menghormati majlis... ada ke patut menjawab panggilan telefon dalam bilik kecil.... orang berucap berselang seli dengan suara dia.... hish--hish...... kalau budak2 kita faham jugak le ... ni dah jadi datuk budak dah.... orang lain pun ada handphone... jugak le (dialog ni dalam hati aku je... kalau aku terucap perkataan ... tak pasal2 jadi kontroversi pulak... heehehe). Tak pelah... aku jadikan ia satu cabaran dalam program aku.
Khamis(23.7.09)... aku menghadapi another hari yang sibuk.... mula dari pagi sampai ke petang.. aktiviti masih sama seperti semalam.. tapi this class special sikit,... sebab ramai yang tak pandai membaca di awal tahun telah berjaya membaca .... kerana mereka sukakan komik2 lama yang ada dalam simpanan ku. Enam orang yang tidak pandai membaca waktu aku mula2 masuk ke kelas ni telah berjaya aku pulih kan... dengan usaha mereka sendiri. Aku tak buat apa pun... cuma memberi komik.... and bagi tau... kalau dapat baca komik ni... and then cerita balik pada ustazah... komik ni milik kamu.... Banyak juga le...koleksi komikku jadi korban program basmi buta huruf aku ni/... tapi alhamdilillah... hari ni... semua orang dapat membaca surat akujanji... rasa berbaloi ada jugak.. sekarang projek aku nak meluluskan 100% subject Pend. Islam dan komik aku jadi mangsa lagi bila mana ia menjad hadiah ke atas pemcapaian pelajar yang melebihi markah yang ditetapkan oleh aku... rasa2nya berjaya ke aku.... tunggu disember nanti untuk melihat hasilnya.Habis aktiviti... aku solat asar dan ke asrama... cadang nak pg sekejap aje.. tapi warden betugas belum ada jugak ... Ni yang buat aku naik hangin ni.... tak lama lepas tu....budak sakit sesak nafas sebab batuk... aduh... nak gi hospital pulak... kereta aku bau durian pulak... sudah... aku call my dear bapa.... suruh dia singgah kat sekolah untuk ambil durian dalam kereta ku (selepas jamuan aku sempat keluar sekejap bila my friend kata ada orang jual durian... aku suka beli durian sebab my bapa and my mak suka sangat durian.. aku tak kisah berapa pun harganya... janji my parent puas hati).. Aku kena ke hospital bawak budak pulak sebab warden bertugas tak de masa tu.... Jam 8 lebih baru aku sampai semula ke sekolah... solat maghrib kat hospital ajelah... hehehehe.. Oppss... kat sekolah ada aktiviti bawah bidang aku rupanya... solat hajat and ceramah agama... aku terlepas lagu... tapi sampai sekolah aku tengok tempat jamuan masih gelap lagi.. rupanya aku yang terlupa memaklumkan pada pihak kantin untuk onkan lampu. aduh.... otak aku cepat aje buat keputusan untuk tukar lokasi.. and angkat meja dari bilik serba guna.... tak sampai 20 minit selesai semuanya,.,... and sebaik selesai hidangan orang pun keluar dari surau sekolah lega.. tapi member2 semua bising tengok aku masih pakai pakaian kerja dari pagi tadi.... aduhhh... aku kata tak busuk sebab aku ni semulajadi maintain wangi sepanjang masa.... hehehhehhehe.... Sambung pulak menyusun kerusi meja untuk ceramah pendidikan ISlam SPM aku hari esok... settle jam 9.45 malam.... Warden bertugas cerita pulak pasal budak llelaki f2 pakai tudsung dalam kelas... aku suruh handle... tapi... lain yang jadi.... bila mana semua budak jadi riuh rendah... warden bertugas tak boleh kawal... suara aku pun tak boleh mengatasi.... terpaksa guna pembesar suara... brutal betul warden aku....budak tadi dia pakaikan tudung and pamerkan semula.... aku sebenarnya tak suka cara ni.... sebab ni kesalahan pertama.... aku lebih suka nasihat dan denda yang lain...bukan memalukan murid... tapi salah aku jugak sebab tak tanya apa mereka nak buat.
Jumaat ... lega sikit.... sebab aku dah boleh bernafas seperti biasa cuma .. petang selesaikan LNPT untuk dinilai pengetua sebelum dia berpindah.... kami berjaya menyelesaikannya...... aku balik ontime hari ni jam 5 ptg. apilepas tu aku tetap ke dewan makan dan asrama sebelum balik banglo ku..... malam turun semula memastikan bilangan sebenar murid yang tinggal di asrama kerana minggu ni minggu balik kampung.
semalam sabtu (25.7.09) aku bangun lewat sikit dari biasa... then pergi ke pasar sabtu.... sebab nak beli beberapa keperluan untuk jamuan monday nanti... seronoknya aku dapat beli udang galah besar2. Udang tu... bukan nak masak apa pun.. cuma nak bakar aje... Kawan aku pun dah pilih sayur2an... and beberapa bahan yang lain.... Tunggu next monday... apa yang menarik yang kami berdua masak... hehehehhe.... selebihnya hari ni jadi hari malas sedunia bagi aku seorang.
Tunggguuuu... apa yang menarkm yang kami berdua masak esok.......

Sunday, July 19, 2009

Ke kebun anjang

Hari ni saya balik kampung.... bapa dah dua kali called tanya bila aku nak balik... so.. aku balik kejap nak makan nasi sebab dapur aku dah sebulan tak berasap dan aku tak lalu nak makan makanan di dewan makan. Aku rilex.... and tah macam mana.. ternampak anak sedara aku tgh main.... so aku sibuk panggil dia. Lepas tu nampak pulak my auuntie bersiap nak ke kebun... so.. aku pun terhegeh-hegeh nak ke kebun jugak. hehehehe
Ini adalah kali pertama aku ke kebun my auntiie.... banyak juga yang ditanam olehh orang kampung aku rupanya... yang aku tak tau... and rupanya ada projek pertanian yang agak besar jugak kat kampung aku tanpa aku sedari...hehehehehe. Aku nak ambil gambar tapi tak de bawak handphone or kamera... tak pe lain kali aku ikut my aunty and cousin lagi.
On the way to kebun... ada pokok tumbang yang menghalang jalan... terpaksa tunggu orang kampung yang baik hati menebang dan membersihkannya.... my auntie sibuk ambil parang dia and membantu jugak... tapi masuk kereta semula sebab kerja dah selesai .... hehehehehe
Sampai saja ke kebun hujan mula turun rintik-rintik.... cousin aku kata macam menyambut kehadiran aku pulak..... baru aku sedar ... apa yang menyebabkan cousin aku suka sangat ke kebun .. tapi rasanya.... aku tak de jiwa pekebun macam ni. Sebab guruh dah berdentum dan kilat mengirini bunyi guruh... my auntie ajak balik baru je 15 minit kat kebun dan dia ajak singgah kat dusun durian orang.....hahahahaha seronoknya... aku yang dah lama tak merasa kke dusun durian... ambil kesempatan.... ni lagi yang aku tak sedar kkewujudannya kat kampung aku... dusun duriann.. teruk betul aku ni
Beli lah... durian untuk dibawa balik ke rumah..... my father said... elok lagi durian yang 3 kali dah aku beli tu... walaupun kecil tapi puas makan.... bapak aku ni melemahkan semangat aku nak beli durian besar aje... tak pe lain kali aku beli yang kecil2 aje..... merajuk dah ni... bapak aku gelak.. and kata punyalah garang kat sekolah.... kat rumah baru usik sikit dah merajuk.....
aku sengih je lah...... Tapi hari ni aku rasa macam lapang sikit kepala aku yang serabut....... may be ni terapi baru aku selain dari novel and laptop aku....

Saturday, July 18, 2009

Tidur yang lena....

Last night saya tidur cukup awal... terkejut jugak sebab saya rasa itule tidur saya yang lena sejak peristiwa Fenruari 2009. Sampai saya tak sedar untuk turun ke asrama jam 11 malam.Kalau ada my mother kat rumah saya tu... mesti dia terkejut tengok saya tidur can tik je bertudung dan berpakaian lengkap ketika tidur... hehehehhe. Bangun tidur pagi.. saya tengok ada banyak miss call kat phone saya.... aiyyyaaa. Telefon saya silentkan... and on my lapptop banyak jugak msg dari my friend ajak sembang.... tapi nak buat camna... saya bangun jam 2 pagi .. lepas tu tidur kembali dgn lenanya.... may be sebab saya terlalu letih kot dgn segala masalah bila saya makan ubat yang menyebabkan tidur .. saya tak boleh nak buka mata pulak... hahahahah
Pagi ni saya pergi pasar sabtu untuk membeli makanan like ikan... saya belik ikan bawal agak murah size sederhana saya dapat 4 ekor rm10.00... ikan yang my dad suka aku beli seekor yang size besar... kalau kat mukah mau harganya rm15.00.. tapi rezeki... orang tu jual rm6 aje kat saya. and dua ekor lagi ikan saya beli dengan harga rm5 saja. Tambah lagi dgn payak (udang laut) size sederhana saya beli rm10. My friend tanya siapa nak makan... sebabnya dia tau.. dah hampir sebulan dapur saya tak pernah berasap.....hahahaaha..... Sebenarnya semua tu untuk my mum and dad kat kampung. setiap minggu saya akan pastikan saya membeli ikan atau daging untuk mereka sebab my mum tak suka ayam. Sayur pulak kat belakang rumah banyak.
Tapi sebelum ke pasar sabtu... saya singgah asrama lagi... nak naik angin ada jugak..bila warden yang sama tidak bertugas and kawan dia kata dia pergi ke tempat lain and tau tugas dia hari ni. Langsung tak minta kebenaran dari saya... aduh.... sakit kepala dibuatnya. Saya kena bincang semula dengan my boss....
Jam 1030 tadi saya siap buat bengkel menjawab PMR.. alamdulillah siap sebahagian... next week untuk SPM pulak.... budak2 tau saya garang... so,.... everyone try their best to make sure... beri perhatian.... hahahahha... sukanya hati

Friday, July 17, 2009

Seminggu yang meletihkan....

Hampir 5 hari tak update blog. MInggu cukup sibuk.. pagi dan petang. bermula pagi Isnn.. saya dah kena melawat sekolah. Hampir setengah hari menyemak dan membuat penyelarasan markah untuk PBS... sebelah petang kena semak beberapa dokumen yang aku tinggalkan... sebab esok pagi kena buat penyelarasan lagi. Malamnya ada farewell and welcoming dinner. . Saya kena duduk di meja utama bersama pengetua baru dan pengetua lama... terharunya bila pengetua mention nama aku sebagai staff yang rapat dan boleh bekerja seiring dgn dia..... Saya jadi sayu mengenangkan my boss that will transfer out soon...... huhuhu
oPSS.. HARI KEDUA MINGGU ni bermula dengan penggambaran dan majlis memperkenalkan new pengetua kepada murid2. Aku pun tak tau macam mana agaknya bekerja dgn new pengetua... walaupun dia orang kampung aku. Lepas tu... aku bawa my PK Hem to check pagar asrama yang macam kena gunting and melawat asrama.. dan dewan makan. Selepas tu aku bergegas untuk melawat sekolah yang kedua minggu ni.... aduh... bila sya dapati ada kesilapan dalam pemberian markah.... nak marah tak boleh jugak sebab budak baru. Habis... nak buat cam na.... kena le panggil semua budak yang diberi skor yang salah and saya kena buat pentaksiran and minta guru dia buat pentaksiran semula jugak.... alhirnya tamat jam 130 petang... tak sempat apa2 aku kena rudhing ke sekolah sebab ada mesyuarat jam 3ptg. Nak atau tidak kena hadir jugak sebab aku setiausaha and maklumat berkaitan mesyuarat ni dalam tangan aku.... Alhamdulillah... my boss puas hati dgn perjalanan mesyuarat and any maklumat segera yang dia nak in my finger tip... betul ke bahasa aku tu... hehehehe
Hari ke tiga... aku boleh mengajar semula.. tapi aku jadi bengang bila budak2 buat tak endah suruhan aku ,,, kerja yang aku tinggalkan tak dilaksanakan.... hiish.. ish... bebudak ni... Petangnya .. aku handle majlis salam retu ibu, ayah dan guru untuk form 3 student... my boss mention that aku orang kuat di belakang program and apa saja yang berkaitan dgn kurikulum ting. tiga. MAjlis petang ni berakhir dengan penuh kesedihan bila mana seorang pelajar aku yang jadi anak yatim piatu dan aku jadi saksi... sedihnya .. aku nak peluk dia... tak boleh.... dia lelaki....semua yang hadir menangis and beri semangat pada my student ni,,, Malamnya pulak.. pelajar lelaki dan perempuan (ting. enam sahaja) diambil darah untuk tujuan pembasmian penularan penyakit filariasis ( dalam bahasa mudahnya untut)
Hari keempat minggu ni masih mengulangi perkara dan aktiviti semalam.. tapii hari ni my boss tak hadir,... my PK Hem mention that i am ketua warden, ketua bidang and orang kuat kurikulum ting. tiga.... lebih kurang sebagai wanita besi kat sekolah aku... konon2nya le... hahahahah.
Malamnya sekali lagi rombongan dari hospital mukah datang untuk mengambil darah... aku jadi orang terakhir... rasa glamour pulak sebab sekolah ambil gambar aku and romb. yang hadir pun sama jugak.. aku dgn baju yang tak bertukar dari pagi... senyum dgn lebar dalam kesakktan... hahahahahaha
Hari jumaat... berjalan macam biasa ada kelas... mesyuarat and sebelah petang akuy buat bengkel untuk pelajar-pelajar tingkata tiga bagi kelas yang aku tak ajar.... budak2 berpotensi nak dapat A tapi masalahnya ialah... cara menjawab masih terlalu banyak kelemahan.. habis jam lima lebih... esok pagi sambung for another two classes.. tak boleh nak buat serentak sebab different kemampuan untuk menerima .... apa yang aku sampaikan....so... huatlah.. class by class.
Amacam..cukup sibukkan jadual aku minggu ni... tapi at least ia menjadi penawar rasa ... yang penting aku bahagia dengan tugas aku sekarang ni... udah-mudahan Allah beri aku kekuatan dan kelapanagan untuk jalankan tugas dgn terbaik... Amin.

Sunday, July 12, 2009

Ahad... yang menyeronokkan


Weekend... caeh... speaking londong pulak...
Hari ni aku duduk kat rumah aje... nak bergerak tak leh sebab keta tak de... adik aku guna... sampai malam baru keta ade... geram ada jugak dibuatnya. Hari ni aku cuci rumah... cuci pakaian... and melepak menghabiskan novel aku. Ada banyak lagi yang aku belum baca lagi... Insya Allah saat aku terover stress aku boleh baca
Malam aku ke sekolah siapkan.. kerja2 yang perlu sebelum aku bergerak ke sekolah lain untuk buat pemantauan esok... kerja sendiri rupanya tak siap lagi...macam amana le.. nak menyelaras orang lain... Hancur betul aku ni.
Smalam aku rasa sibukk sangat-sangat... terpaksa le dari pagi sampai tengah malam berada di sekolah... tapi sebelum maghrib sempat baik kuarters aku.. dan terlelap 15 minit.... menyebabkan aku terlewat untuk tiba balik ke sekolah...
Agak terkejut dan marah juga.. bila ada dikalangan guru yang pandai2 tambah aturcara majlis tanpa memaklumkan kepada aku. Berasap jugak le kepala aku bila my boss tanya... kenapa ada [elajara harian masuk sekolah pada waktu malam... aku yang tak tahu menahuni... nak jawab macam mana... tapi aku berjaya mencari angkara siapa benda ni berlaku.... geram... geram ... geram sangat2. Tak habis2 bagi masalah le cikgu ni.....
Tapi my boss kata... relax,.... tak apa... hari ni dia susahkan kita nanti.. Allah ta'ala bagi kesusahan yang lebih teruk lagi.... sabar.... Tabik aku kat boss aku and sedih sangat sebenarnya bila dia transfer soon.... huhuhuhuhu

Wednesday, July 8, 2009

Tension... gila...

hari ni... aku rasa nak menjerit aje. Pagi-pagi aku ke Hostel dan mendapati dua2 warden yang bertugas tiada di tempat yang sepaptutnya.... Jam hampir 6.10 baru sorang warden perempuan muncul... rasa geram jugak dibuatnya....Sebab tak boleh nak tunggu lama... Aku kena bergegas ke pejabat sebab sejak dua menjak aku menjadi tukang buka pintu pejabat pulak... hahahhahaha
Belum habis satu hal... aku dimaklumkan ada guru agama yang macam tertekan.. pagi2 lagi aku cari keburukan atau masalah orang lain.... aku rasa aku perlu panggil cikgu ni... tapi macam mana ya. Budak2 boleh le aku handle... ni dah na jadi mak budak.... so.... tanya boss le macammana... my boss said... you better call her.... kwang..kwang...kwang
Aku punya le cari guru tu.. tak terjumpa.... hish... tak patut betul.. dah tinggal masej atas meja pun tak datang jugak. adush... macam mana nak bagitau boss....
Semalam aku melalui peristiwa lucu... kah...kah/... kah.. ketawa guling-guling aku dibuatnya. Aku pergi menghalau pelajar lelaki untuk ke role call petang sebellum prep bermula.... budak2 besar... aku tak tau kenapa... bila aku kata 10 saat dari sekarang kosongkan asrama...
Ada dua orang budak form six... tak sempat pakai baju lari turun asramma.. yang lawaknya seorang tu.. tengah lari sambil memakai seluar.. nampak... seluar yang belah dalam.... kah,... kah...kah... Itu le terapi minda aku hari ni.. Kat sekolah aku memang sedia ganas pun.... kawan aku... kata kalau aku tengah marah... sapa pun tak berani nak tegur...Hisyyy... rupa2nya teruk sangat aku ni....
Kena ubah perangai ni.... baru sedar nak bermuhasabah diri.....

Sunday, July 5, 2009

Hari Ahad....

seminggu berlalu ... aku tak dapat nak buat apa2. Segala-galanya macam serba tak kena... so kahirnya segalanya terbengkalai macam tu je. Aku tak pasti apa yang aku nak buat dulu. Kerja memang melambak-lambak... dan yang peningnya aku tak tau nak mula yang mana satu dulu. Buku tak disemak... dengan masalah aku yang tak sudah. Entahlah....
Hari ni sepanjang hari aku duduk di bilik aku cuba menyelesaikan dokumen yang perlu dulu. Alhamdulillah siap semuanya.
Aku tak de mood nak menulis di sini sebenarnya. Tapi kat sini aje kau boleh luahkan perasaan aku sebab aku tau tak siapa membaca blog aku ni.... Nak tulis pun... tah apa 2 yang aku typekan. Otak aku bercelaru macam perasaan aku juga.
Letihnya hidup aku kalau macam ni.... Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk ku.... Amin ya rabbal A'lamin

Halwa telinga